1 Syawal 2016

Raya kali ni turn Shah Alam. Jadi tak kepoh sangat bab nak balik kampung. orang semua kalut update jam sana sini , Ainul lega sebab boleh lepas hadap jam berjam jam.huhu
Punya la relax sangat beraya kat Shah Alam ni , sampai baju raya pun malam raya baru cari. hihihihi. nasib baik la ada saiz lagi. tapi serius giler murah sales malam raya akt PKNS Shah Alam ni. baju beratus jadi puluh je. jubah ada RM30 sepasang. baju kurung 5 helai RM100. mau tak gilo kau. 
cuma yang penat sebab kena hadap beribu lemon manusia. pehhh jalan tak nampak lantai habaq hang. jalan jeee. jangan pandang bawah.huhuu. tengok baju pun dari jauh.fuhh!!
ni kalau PKNS la ye. baju melayu RM20 , RM30 sepasang pun ada. orang cakap lepas pukul 12 tgh malam lagi kaw kaw sales nya. Ainul pukul 12 dah balik. penat weiii.. plus mengantuk lagi. esok nak bangun awal bersiap. takkan hari raya bangun lambat kot. huhuhu
Baju akhirnya jumpa di SACC. berkenan dan kena dengan taste Ainul. free saiz pulak baju tu. just sarung je kat booth tu. muat bila sarung dgn baju sekali. kira muat je la. hahaha.. yang penting ada discount best.. hihi
tadaaa !!! ini je la baju akak tahun ni. yang sempat dirembat malam raya. ikutkan hati nak shopping lagi tapi anak anak dah tertido.huhuhu.. redha je la. padan muka sapa suruh shopping last minit. 
rumah mertua dengan rumah Ainul dekat sekangkang kera je. korang mainkan lagu raya baru intro dah sampai rumah mertua.hihihi
berjaya bergediks dengan husband. bukan senang tau sejak ada anak 2 ni. ada je yang dengki mama babah nak berdua duaan. ni 2 orang anak sibuk main dengan kezen diaorang. 
Menu raya kami biasa biasa je. kakak ipar dalam pantang. 4 hari sebelum raya di bersalin. jadi mertua semua sibuk jaga cucu baru. 
Ainul sempat la masak lontong untuk hidangan hari raya. husband makan bertambah tambah. itu dah cukup puas hati.. hihihi.. yang penting husband cakap sodap. 
apapun tetap rindu lontong mak buat..huhuhuu.. dapat ala ala macam mak buat pun jadi la. terubat rindu. 1stt ime buat ni.. teringin tapi bukan mengidam.
Gambar 1 syawal kami sekeluarga. ini pun jenuh nak bagi dua orang puteri ni duduk diam. macam macam ragam. 
selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. 

One Reply to “1 Syawal 2016”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge