7 Cara Mudah Hilangkan EyeBag

Eyebag atau lingkaran bawah mata gelap menyebabkan mata , wajah kelihatan tidak bermaya. Kebanyakkan wanita menggunakan makeup untuk menutup hitam bawah mata tetapi ianya bersifat sementara. 

Kenapa eyebag terjadi?

Keturunan

Cuba lihat bawah mata ibu atau ayah anda, kalau memang ada lingkaran hitam bawah mata ni, itu adalah keturunan yang diwarisi dari ibu/ayah.

Alergi

Eye bag ini juga disebabkan tabiat menggosok kulit di sekitar mata yang gatal akibat mengambil makanan yang tidak sesuai dengan tubuh badan yang menyebabkan darah memenuhi pembuluh di bawah mata dan menjadikan bawah mata kelihatan agak gelap.

Terlalu banyak terdedah kepada cahaya skrin pc/laptop

Sesiapa yang suka online memanjang tu jangan hairan ye kalau ada eye bag bawah mata, ini adalah disebabkan mata letih dan kurang tidur/kurang rehat.

Anemia

Anemia bermaksud kekurangan darah/zat besi. Pada masa kehamilan atau menstruasi kulit menjadi lebih pucat kerana kurang zat besi, untuk mengatasi masalah ini anda perlulah mengambil supplemen tertentu.

Toksin berlebihan

Ini adalah salah satu puncanya ,tabiat yang tidak mengambil pemakanan seimbang menyebabkan racun terkumpul dalam tubuh badan dan tidak dapat di cernakan dengan baik menyebabkan kulit di sekitar hitam serta nampak lebam. (sangat mencacatkan penampilan kita huwaaaa)

Selain itu, ada cara mudah untuk hilangkan eyebag ni. Antaranya:

1) Uncang Teh

Setelah membancuh teh, jangan buang uncangnya. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 25-30 minit. Sementara ia merawat, anda hanya perlu berehat atau tidur sahaja.

2) Timun

Ramai yg sedar dan akui betapa bagusnya timun pada mata. Untuk hilangkan eyebag, letakkan 2 potong hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Bukan hanya hilangkan eyebag, timun juga bagus untuk merawat radang pada kelopak mata.


3) Kentang

Selain timun, kentang juga bagus untuk kurangkan eyebag. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan 15-20 minit sebelum diangkat.

4) Susu

Boleh juga gunakan susu sekiranya cara di atas tak berjaya. Caranya celupkan kapas ke dalam susu dan letakkan di kelopak mata. Biarkan selama 20-30 minit. Insyaallah masalah eyebag akan berkurangan.

5) Putih Telur

Sapukan sedikit putih telur pada bahagian mata. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan saja merawat eyebag, namun akan buatkan mata semakin segar.

6) Air kosong

Amalan minum air kosong yg banyak juga membantu kurangkan eyebag atau kantung mata. 1 atau 2 jam sebelum tidur, anda digalakkan minum air kosong. Kekerapan membuang air kecil akan mengurangkan penyimpanan air di bawah mata dan mengelakkan berlakunya eyebag.

7) Supplement

Eyebag adalah bengkak di bahagian bawah mata adalah kerana keanjalan kulit semakin berkurangan akibat kekurangan kolagen. Oleh itu kita amat memerlukan supplement/vitamin yang mampu membentuk kembali kolagen yang hilang

antara vitamin yang dicadangkan adalah Collagen Powder Shaklee. Collagen ini terbukti BERKESAN seawal 8 minggu. Malah ada yang sudah nampak kesan seawal 5 hari

Testimonial Eye Bag mereka hilang dan muka makin berseri

Harga 1 kotak hanya RM 250 untuk 15 sachets. MAHAL? sebab ianya BERKUALITI TINGGI dan ada PENYELIDIKAN SAINTIS . 
Untuk mendapatkan Collagen Hebat yang macam goreng pisang panas ni, jangan segan-segan hubungi saya, SMS/wasap  013-3612717  atau jika anda senang berhubung melalui emel, boleh emel saya ke ainulfadzilah@gmail.com. Boleh juga pm di facebook saya Ainul Fadzilah Mustafa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge