9 Tips atasi alahan ketika hamil

Alahan ketika hamil adalah perkara biasa yang sering berlaku pada ibu hamil.Alahan atau morning sickness ni selalu berlaku semasa 1st trimester. Alahan ni selalu nya rasa mual,loya, muntah dan pening

Berikut adalah 9 tips untuk mengatasi alahan ketika hamil

1. Makan sedikit tapi kerap

2. Elak makan makanan pedas

3. Makan buah-buahan

4. Minum air masak

5. Bangun Perlahan-lahan

6. Pakai baju longgar

7. Kurangkan menatap skrin komputer

8. Teh halia

9. Ubat Muntah

1. Makan sedikit tapi kerap

Amalkan makan sedikit tetapi kerap. Pastikan anda ada bawa biskut atau roti ke mana-mana. dimana senang untuk anda makan sikit demi sedikit. Bila lambat makan, mula la perut masuk angin. Itu la akan memulakan pening, muntah

2. Elak makan makanan pedas

Di nasihatkan elak makan makanan pedas, berlemak. Sebab bila pregnant, makan benda terlalu pedas boleh sebabkan pedih ulu hati. bila muntah tekak akan perit tau.

3. Makan buah-buahan

Makan buah-buahan seperti oren, epal. Rasa masam oren mampu mengurangkan rasa pening. Ada petua juga cium kulit oren untuk hilangkan rasa pening. Buah epal pulak boleh bantu hilangkan rasa mual. Makan buah ni bagus. Tingkatkan imunisasi badan kita. Ada vitamin C membantu dalam perkembangan bayi juga

4. Minum air masak

Bila muntah yang kerap, kita mungkin akan dehydrated. kekurangan air akan buat kita penat, tidak bermaya. Minum air masak atau jus buahan.Elakkan air gas dan kafein. Kopi selalunya akan buat kita pening dan memburukkan alahan

5. Bangun Perlahan-lahan

Apabila bangun dari tidur sila bangun perlahan-lahan. Apa bila bangun secara mendadak boleh sebabkan kita pening. Apabila bangun dari tidur  duduk dahulu. selepas tu baru berdiri

6. Pakai baju longgar

Pakai baju longgar untuk lebih selesa untuk kurangkan rasa mual

7. Kurangkan menatap skrin komputer

Menatap skrin komputer atau handphone terlalu lama boleh sebabkan tekanan pada mata dan sebabkan sakit kepala, mual. Amalkan 15-20minit untuk rehatkan mata

8. Teh halia

Teh halia panas sangat la membantu untuk kurangkan angin. teh halia ni mampu hilangkan rasa mual

9. Ubat Muntah

Apabila muntah yang kerap, doctor akan berikan ubat muntah. Namun begitu kadang-kadang ubat muntah juga tidak berkesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge