Acar Strawberry Pedas tapi Sedap

Masa jalan jalan ke sini, Ainul ada beli acar strawberry. 1st time dengar. Bila orang kedai tu bagi test rasa sedap. oklah la beli 2 botol. untuk Ainul dan mertua. nak beli banyak takut tak kena dengan selera pulak kan. kita try dulu
ini dia acar strawberry yang di beli . Bau pun dah menarik. Rasanya? 
Makan dengan sotong goreng tepung. pehh memang layan. Acar ni sedap sangat. cukup pedas bagi Ainul yang giler makan pedas. Siap ada cili padi lagi dalam tu. Boleh makan sekali. 
Strawberry dalam acar pun banyak. tak kedekut dan dimasukkan sebiji sebiji. kiranya kita makan sebiji strawberry dalam acar. 
Siapa yang pergi ke Cameron tu, beli la acar strawberry ni. sesuai sangat makan dengan nasi panas panas. boleh lupa diet .huhuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge