Aidilfitri 2015

Seminggu sebelum raya Ainul sudah balik kampung. Nak elakkan jam la katakan. itu antara kelebihan orang bekerja sendiri. Bila bila masa nak balik kampung pun boleh. Tapi yang tak berapa nak best sebab di kampung internet tak ok sangat. sangat tak ok..huhuhuu.. maka seminggu takpa internet la kita. nak buka FB pun terkemut kemut. So jangan harap la nak tulis blog kan. Apapun bersyukur sebab ALLAH kasi peluang seminggu tanpa gadjet.Boleh spend masa bersama mak ayah. Main sakan dengan anak anak..

Sehari sebelum raya pastilah sibuk buat persiapan. Setiap tahun mesti mak buat ketupat palas. sebelah utara memang glemer la ketupat palas. setiap tahun tolong mak buat tetapi tetap tak pandai pandai nak anyam ketupat. jari jemari tak berapa nak lembut gamaknyer..huhu

Cik yam pun nak belajar anyam ketupat dengan cik na tau.. cabaran nak buat keje ni anak anak la. mereka pun sibuk nak tolong. tolong tengok je la ye. kang tak siap2 ketupat mak hangpa ni..huhuu
Malam raya pulak aktiviti wajib mesti la main mercun ehh bunga api je. Arreessa macam biasa la penakut. tukang tengok & bebel cakap ” berhati hati..bahaya tu” 
Rumah kat kampung ada halaman luas..jadi nak main bunga api pun senang.. apa aksi nak buat? silakan la ye…tahun lepas raya di Shah Alam main bunga api pun tepi pagar je.huhu
Maryam paling excited sekali tengok bunga api. 1st raya Cik Yam. Dia pun dah pandai & tahu suasana ramai kezen balik. 

Pagi Raya yang sungguh la busy. Siapkan baju melayu husband je dulu. Raya jatuh hari jumaat jadi awal la solat sunat hari raya.  Selepas tu baru la siapkan anak anak. Husband balik solat jumaat baru la sesi bagi duit raya kat anak anak & anak sedara

Ingat Arreessa nak cakap mama cantik ke, minta maaf ke… dia cakapppppp… ” nak duit raya”  adoi!!!
Acara paling pelik di pagi raya oleh abang ipar ku.. Bagi hadiah kain pelikat kat adik adik ipar. Menarik jugak kan… Next year boleh buat lagi ye.hihi

Macam menang cabutan bertuah.. omey tak cik yam pakai kebaya..hiihihi tetiba cite pasal cik yam pulak

Raya yang sibuk melayan sedara mara. Sepupu datang beramai ramai. Memang riuh rendah. Jarang dapat berjumpa. Sekali jumpa memang kecoh

Raya tahun ni menu paling utama adalah durian.. Pegi rumah pakcik semua pakat melayan durian. Ainul je yang tak sebab tak makan durian. Sesorang je layan biskut raya dengan cik yam..huuhuhu.. itu pun cik yam sibuk nak p dekat babah yang tengah syiok makan durian..

Dapat pulak abang ipar, adik ipar yang giler durian. Celik mata pun cari durian. Malam pun makan durian. tengok la ni. Ketupat, lemang tolak ke tepi. Layan durian je. itu baru 1 dulang je. sebenarnya ada 2-3 dulang durian habis licin..
Raya Aidilfitri 2015 yang best sebab semua adik beradik balik. Kecoh, bising dan meriah raya tahun ni.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Maaf jika ada terkasar bahasa, terguris hati.
Selamat Hari Raya !!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge