Ariana Maryam 3 tahun

Ariana Maryam 3 tahun
Syukur Alhamdulillah puteri ke 2 dah masuk 3 tahun. Cepat nya masa berlalu kan. Masa ni macam air sungai yang akan mengalir je tanpa henti. Tak akan patah balik. Jadi kita kena hargai setiap masa tu. Ainul 24jam dengan Maryam pun rasa tak puas melihat dia membesar. Apapun syukur nikmat ALLAH bagi bekerja dari rumah dapat menjaga Maryam dari baby sampai sekarang. Tahun depan dah kena p school ye kakak Maryam.

Maryam punya peragai macam Ainul. Garang, tegas. hihihi.. Febret makanan minuman pun ikut mama. Suka kopi, suka mee, laksa, pasta.

sejak ada adik ni Maryam dah pandai berdikari. Jeles tu biasa la kan. Tapi dia nampak cepat sangat matang. Boleh la tolong mama jaga adik.

Bila dah ada adik ni, makin rapat la dengan babah. Babh p mana semua nak ikut termasuk p Masjid. Suka sangat p masjid. Sejuk ada econ


ni tolong buka pintu masjid.. cepat semua solat.. Tapi kannn cik kak ni sexy. huhu.

Masa bulan Ramadan lepas setiap hari ikut Babah dia p solat Terawikh. Alhamdulillah.. seronok p sana. jumpa ramai kawan

Maryam ni punya peragai kalau bergambar macam macam gaya pelik. Susah betul nak ambil gambar dia yang elok.

Suka dia pergi ikut Babah p solat terawikh kat Masjid Negeri sebab di sana ada disedikan nurseri untuk kanak kanak. Ikut umur. Age Maryam ni bilik banyak la mainan

Pencapaian Maryam di usia 3 tahun ni sama juga seperti kanak kanak seusia dia. Kuat bebel, banyak bertanya.

Apa yang membangga kan Ainul bila dia boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik macam kakak dia. Boleh mengira 1 sehingga 10 bukan sahaja dalam bahasa inggeris tapi juga dalam bahasa Spanish. Gara gara tengok Dora & Friends.

Maryam, selamat hari lahir ke 3. Mama masih rindu saat saat lahirkan kamu. Terima kasih sayang. Semoga Maryam sekuat, sehebat , setabah Maryam ibu Nasi Isa. Semoga Maryam membesar menjadi pemimpin wanita, pembela wanita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge