Ariana Maryam 4 bulan

Pejam celik pejam celik Maryam sudah 4bulan. Kejap je masa itu berlalu kan. Anak depan mata ni pun terasa cepat je dia membesar. Berlalu masa tu tanpa kita sedar. 

Alhamdulillah 3 bulan Maryam sudah boleh menirap. Agak cepat berbanding dengan Arreessa. Yelah progress setiap anak berbeza kan. Lebih lagi anak ke dua ada mentor. Tengok kakak asyik melompat je mana la tahan ye dok

cakkkk.. mama yang excited tengok dia dah mula angkat kepala. Angkat sikit nanges ..huhu
Hobi di usia 4 bulan
SELFIE.. maryam ratu kecik selfie. Pantang nampak mama pegang handphone dia pun dah ready senyum. 
tengok ni.. mula-mula nanges sebab baru bangun tidur..nampak mama pegang handphone terus tersenyum lebar
Ramai orang tegur Maryam dah 8bulan. kenapa? sebab kepala dia keras. kaki pun sama. Ni mesti side effect mama dia makan ostematrix masa pregnant ni.
saya maryam yang suka selfie macam mama…like mama like dotter la kan
Hobi lain adalah TARIK RAMBUT KAKAK MASA TIDUR
asal kakak dia tidur, dia ambil kesempatan tarik rambut kakak. Tengah tidur pun boleh tangan tu nak pegang rambut kakak. Letak jauh pun kang golek golek mesti dekat jugak.So mama kena tidur tengah-tengah..
Kakak selalu buli dia… so masa kakak tidur la can dia nak buli kakak balik…
Buli manja manja takpa..
Maryam & zulaikha buah hati mama….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge