Art Attack untuk Hari Bapa

Sejak dari pengacaranya Neil Buchanan, Ainul adik beradik suka sangat tengok Art Attack ni. Rasanya ramai yang sukakannya. Sangat kreatif dan bagi kita banyak idea untuk buat benda benda kreatif. Sekarang ni Art Attack still ada di Disney Channel.

Cuti sekolah selalu mesti pening nak fikir apa aktiviti dengan anak anak kan. Jadi art Attack banyak memberi idea kepada Ainul. Ainul akan pilih mana mana art yang sesuai dengan peringkat umur Arreessa.

Sempena Father’s day, Ainul plan nak buat card dengan Arreessa. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Apa sahaja yang ada di rumah.

Bila kena gunting gunting pastikan kita orang dewasa awasi mereka. Bagus sebenarnya bila mereka mula pegang gunting, belajar menggunting. Ini akan meningkatkan motor skill mereka. 

Bila anak-anak menggunakan gunting, ia akan melibatkan penggunaan otot-otot kecil pada tangan mereka. Jadi penggunaan gunting amat baik untuk melatih otot-otot kecil ini. Ini dipanggil ‘fine motor skill’..kemahiran motor halus. Kemahiran ini amat diperlukan apabila anak belajar menulis, melukis (memegang pensil/pen/berus) atau dalam melakukan aktiviti seharian seperti memegang berus gigi, menggunakan sudu garfu dan sebagainya.

Sebab yang kedua? ‘EYE-HAND COORDINATION’. Aktiviti menggunting kertas misalnya sangat bagus untuk meningkatkan penggunaan koordinasi mata-tangan. Ini bermakna mereka harus menggunakan penglihatan mereka, proses apa yang mereka lihat dan seterusnya boleh menggerakkan tangan mereka sambil melihat kearah objek. Kelihatan simple tapi ia sebenarnya sesuatu yang rumit kerana memerlukan otak melakukan dua proses yang berbeza!

Proses seterusnya adalah menggam gambar yang telah di potong

 potong & tampal proses ini. Nampak mudah bagi kita orang dewasa tetapi bagi kanak kanak proses ini banyak membantu mereka dalam proses pembelajaran.

Bila dah siap tampal, kita tulis pulak. Arreessa sudah pandai la menulis sikit sikit. Cuma dia tak berapa ingat huruf lagi. Masih memerlukan bantuan kita untuk beritahu lepas huruf ini huruf apa pulak.

Sebagai seorang ibu, Arreessa yang berusia 5 tahun tahu menulis huruf A pun satu kebanggaan untuk Ainul. Ainul dulu 5 tahun apa pun tak tahu. Zaman anak anak yang semakin advanced dari kita

tadaaa.. ini la hasil kerja tangan Arreessa. Card Father’s day untuk babah. 
Art Attack yang kedua pulak adalah bersama babah pulak. Husband Ainul lagi creative bab seni ni. 

 Lebihan kertas warna warni yang digunakan untuk card, digunakan semula untuk buat butterfly 🙂

Inilah hasil butterfly Arreessa . Cantikkan. Nanti boleh frame kan 
Untuk lebih idea jom tengok Art Attack Setiap Sabtu & Ahad di Disney Channel. Astro Ch 615 tau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge