Babywearing Untuk Newborn

Babywearing Untuk Newborn
Hai apa khabar semua. cuaca sejuk je sekarang. Harap semua jaga kesihatan ye. jangan main hujan. syiok main hujan kan..hihihii

Hari ni Ainul nak kongsi dengan kawan kawan pasal babywearing untuk newborn. Ainul bukan la pakar dalam babywearing ni ye. Ada la sedikit pengalaman babywearing newborn dari Maryam lagi. Arreessa dah toddler baru start ber babywearing ni.

Ada banyak jenis babywearing untuk newborn ni. Ada wrap, ringsling. yang penting pastikan korang pilih babywearing yang betul. Macammana nak tahu? Boleh baca entry Ainul yang ini > cara pilih babywearing

Untuk newborn Ainul pilih ringsling. Ainul guna brand jumpsac. Sebenarnya ringsling ni adik ainul punya. Kelebihan adik beradik perempuan ramai adalah sorang beli lepas tu rotate aje la. sebab ringsling ni Ainul guna kejap je. Bila baby dah kuat besar sikit Ainul akan guna ssc.

ni masa Dahlia 44hari.. Habis pantang terus keluar.hihihii

Ni ringsling yang Ainul guna. senang nak guna berbanding wrap. wrap lagi selesa tapi wrap panjang tak reti sangat nak lilit. Leceh bagi Ainul kalau nak buka dekat public & pakai balik. Apapun ini depends on korang la ye. kalau suka wrap lagi bagus

Ainul tak pandai sangat lagi bab babywearing ni. masih belajar dan belajar. Tapi malas nak join kelab bagai. hihihihi

ni Ainul share info info pasal ringsling untuk rujukan kita bersama.

Kepada yang senang berjinak jinak dengan babywearing ni, boleh la beli ringsling ni. Murah je kalau dibandingkan dengan ssc. Apapun harga abywearing memang mahal. Biar mahal tapi kualiti bagus, tahan lama. Ada yang murah bahaya nya tali boleh putus. Ada kes kan. So berhati hati bila beli babywearing ye.

3 thoughts on “Babywearing Untuk Newborn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge