Batuk ketika hamil 3 bulan

Batuk ketika awal kehamilan memang memeritkan. Pengalaman ainul sendiri 3 minggu batuk teruk. Macam-macam la jugak makan. Kalau batuk sahaja ok lagi tapi paling tak best bila batuk sampai terkencing.huhuhu.. lagi-lagi nak solat. Adusss!! jenuh la keluar masuk toilet. Nak solat pun banyak kali terbatal.huhuu

batuk ketika pregnant
Antara Tips saya 

1. Solat duduk

Bila perut makin membesar, tekanan baby akan makin kuat pada pundi kencing kita. Cara saya adalah solat duduk. Bila duduk tekanan berkurang. Jadi bila batuk takde la sampai terkencing
solat duduk

2. minum air panas atau suam

pastikan minum air panas atau suam ye. Jauhi air sejuk buat sementara waktu. Minuman bersusu pun tak elok tau. macam teh tarik, nescafe tarik. Susu pekat tu buat kahak lagi berkumpul kat tekak. Memang rasa tak selesa

3. Steaming

Ibu hamil pun boleh buat tau. Bukan kanak-kanak je. Konsep sama je. letakkan muka ke wap air panas. Letak air pnas sahaja pun boleh. Ainul kadangkan masukkan garlic. Bukan bawang putih kat dapur tu tapi pil garlic. Hancurkan dan masukkan dalam air panas. wap tu memang berbau bawang putih tapi rasa best.

steaming ketika batuk


4. Rehat secukupnya

Sila pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Tidur yang cukup. Kerja-kerja rumah tu minta husband bantu sekali. Sekali sekala tu pergi la salon, spa memanjakan diri. Ala sejam dua je spend masa. Bila badan cergas, kita pun happy. Baby dalam kandungan pun membesar dengan baik. Jangan stress ok 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge