Bayi Batuk dan Selsema

Bayi Batuk dan Selsema

Perubahan cuaca sekarang ni memang tidak boleh diduga. kejap panas sangat dan kejap hujan lebat. Bayi yang berusia setahun ke bawah mungkin kerap terkena selsema & batuk. Tetapi bagi umur bayi yang 0-6 bulan tidak sesuai dirawat dengan ubat. 

Banyak petua untuk menghilangkan selsema dan batuk bayi ni. Ada yang suruh letak kunyit kat hidung la. Tak suka sebab nanti hidung baby kaler kuning.hehe..Yang selalu ainul buat adalah teknik percussion. tapi bab tepuk baby tu tak pandai sangat. lagi 1 bila anak meronta ronta kita pun kesian dan sempat buat sekejap je. Kejap pun janji buat kannn
Cara yang glemer juga buat garlic oil. Bakar bawang putih dan tumbuk dengan baby oil or olive oil. Sapu minyak bawang putih ke dada, belakang, tapak kaki baby. Alhamdulillah kadang kadang berkesan. kena rajin buat je
Cara lain yang Ainul suka adalah guna cream baby tropika. Ala yang kaler kuning tu.

Dalam cream ni ada VCO sekali. bau pun sedap dan senang nak bawa ke mana-mana. Kalau anak selsema atau batuk, ainul sapukan di dada, belakang, tapak kaki dan betis. selepas tu pakaikan stokin. Alhamdulillah berkesan la pada maryam. terutama ketika batuk selsema masa baby 6bulan ke bawah. 
Ainul pun kalau selsema suka letak sikit kat hidung. Sedap sebab rasa berangin je.
Kita sebagai ibu pun kena la jaga makan. ini khas untuk ibu yang menyusukan anak la ye. Kita boleh ambil Vitamin C & Garlic untuk kuatkan sistem imun kita. InsyaALLAH baby pun dapat khasiatnya. Nasihat saya jika baby selsema, ibu ambil la vitamin C extra sikit. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge