Berbuka Puasa di llaollao Aeon Mall Shah Alam

Berbuka Puasa di llaollao Aeon Mall Shah Alam
Sekali sekala bawa anak anak keluar berbuka puasa di Aeon Mall Shah Alam. Kali ni kami memilih menu simple tapi penuh dengan khasiat. Tempat tuju adalah llaollao . llaollao ni adalah natural yogurt. Makan yogurt masa berbuka?

Yogurt ni bukan la makanan kebiasaan kita berbuka puasa. Sekali sekali terasa nak bertukar arah selera tekak ni. Kalau korang nak tahu, berbuka dengan yogurt ni boleh hilangkan bau mulut berpuasa tau. di International Association for Dental Research, Baltimore, telah membuktikan bahawa yogurt dapat membantu mengatasi masalah nafas berbau.

Sehari berpuasa kita mesti nak makan sesuatu yang dapat beri tenaga teruskan dan makanan tu tak sebabkan perut rasa senak, tak selesa. 

Yogurt adalah amat sesuai untuk berbuka puasa kerana ia ringan dan senang dihadam. Berbuka
dengan secawan yogurt, dan menunaikan Solat Mahgrib dahulu sebelum menjamu selera penuh. Jangan kalut kurma kambing dan rending daging tidak akan kemana-mana. Lepas solat boleh makan nasi semua ok.

Untuk berbuka ni, Ainul pilih sanum frozen yogurt yang lengkap dengan 3 fruits, 2 crunch & 1 sauce.

Sauce boleh pilih nak white chocolate, chococrock sauce, caramelized biscut ke..semua sedapp

nampak tak penuh khasiat yogurt llaollao ni. yumyummm.. siapa yang diet tu lagi la sesuai tau. kanak kanak yang berpuasa pun bagus ambil yogurt ni sebab Yogurt sejuk beku llaollao mengandungi kandungan protein dan kalsium yang tinggi, manakala kandungan gula dan kalori adalah rendah. 

Diperbuat daripada susu skim hanya sebelum ia dihidangkan,satu tab yogurt llaollao mengandungi 46% daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan. Walaupunllaollao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim tidak terjejas.

Kami semua suka. habis licin 4 sanum kami malam tu. kenyang sangat. ada buah, kekacang. dah cukup lengkap untuk keperluan kita.

llaollao telah melancarkan kempen Wellnessday dengan menawarkan diskaun sehingga 33% pada hari Rabu untuk cawan yang kedua. Untuk melayakkan diri,anda perlu meneka tiga emoji buah-buahan dengan betul.

Langkah pertama: Paparkan 3 emoji buah-buahan di Facebook anda sebelum ke kedai llaollao.

Langkah kedua: Tunjukkan pilihan 3 emoji buah-buahan anda kepada krew llaollao. Jika anda meneka

ketiga-tiga emoji dengan betul, anda layak mendapat diskaun 33% untuk belian cawan yang kedua. Jika anda meneka dua emoji dengan betul, anda layak mendapat diskaun 22%, manakala jika hanya mendapat satu

Tips: Untuk meningkatkan peluang anda, layarilah Facebook llaollao Malaysia pada hari Selasa kerana emoji pertama akan ditunjukkan di sana. Ini bermakna anda hanya perlu meneka dua lagi emoji!

2 thoughts on “Berbuka Puasa di llaollao Aeon Mall Shah Alam

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://www.kumpulbagi.com atau http://www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge