Browse Paling Selamat Untuk Kanak kanak Dari Bahan Lucah

Assalamualaikum. Terkejut Ainul bila baca isu video berunsur lucah atau yang tidak sesuai untuk kanak kanak lihat. Video Elsa dan Spiderman tu. Ya ALLAH! ketaq lutut sebab Arreessa dan Maryam pun suka sangat tengok cite ni. Ainul kadang kadang tengok juga dan perasan ada video yang tunjuk Elsa pregnant la, ada adegan cium la. Mana yang tak sesuai tu Ainul terus klik pada video lain. Ini yang kita nampak. kalau kita tak perasan macammana?

Zaman teknologi kita tak boleh nak halang 100% anak anak dari main gadjet. Dia sendiri lebih serba tahu dari kita.. Youtube pun ada video yang bagus. Macam Didi & Friends, Nursery Rhymes. Banyak juga membantu kosa kata Arreessa dan Maryam. Masalah gadjet sekarang kebanyakkannya touch skrin jadi anak anak main tekan je bukan tahu baca pun.

Bukan elsa & spiderman je tau. Ada sekali Arreessa tengok video frozen. Biasa la kan tapi di celah celah video frozen tu ada video frozen yang lucah. terus ambil ipad dan tutup.

Perbincangan isu ini di sini 

Cara nak block video ni boleh ke youtube dan ikut step ini :-

Langkah 1: Pergi ke laman YouTube dan cari channel yang dikehendaki.
Langkah 2: Klik channel tersebut.
Langkah 3: Pada channel tersebut, klik About.
Langkah 4: Kemudian klik pada simbol flag dan klik Block user

Persoalan sekarang, video sebegini adalah hidden agenda tau. kita tak tahu video yang mana yang ok mana yang ada unsur sebegini. unsur unsur lucah bukan ada pada video malah kadang kadang datang iklan macam spam tetiba tiba.

Ainul terjumpa browser yang mesra dengan isu ini dan selamat. Meh nak kenalkan dengan Salam Browser . Browse ni telah direka khas untuk elak segala unsur unsur lucah yang tidak diingini terkeluar. Jadi unsur lucah bukan hanya pada video, di google guna akan terus ditapis.

Apa yang menarik pasal browser ini adalah, kita ambil contoh la ye. Bila kita google ” small chicks” akan keluar pada image gambar ini . nampak tak tetiba ada ” hot chicks” di situ…

Dengan Salam Browser, ianya secara automatik telah ditapis dengan segala maklumat yang berunsur lucah, benda yang tidak sepatutnya la.. tadaaaa takde pun kan aweks hot tu. selamat untuk anak anak dan ayah budak.huhu

Salam Browser ni dipacu oleh teknologi Chromium dengan pelbagai ciri khas yang melindungi pengalaman internet anda agar lebih selamat dan bebas-spam. Sama saja macam Chrome tu, cuma yg ini lebih berciri islamik. Dah lebih 1.4juta benda haram dan laman yang ada unsur lucah dan ganas di block nya. Bukan saja pada browser, malah di Facebook dan Youtube juga benda-benda haram ni boleh di hindari dengan Salam Browser.

untuk download Salam Browser ni boleh download di sini > salambrowser.com dan follow je step yang di berikan. selepas tu boleh guna Salam Browser seperti browser lain juga. 
Anak anak masih mentah tak dapat nak bezakan mana yang baik mana yang buruk. Mereka hanya sukakan hiburan, kartoon. Itu naluri kanak kanak. Kita sebagi ibu bapa yang perlu memantau. InsyaALLAH pengguna Salam Browser dapat membantu elak unsur unsur negatif muncul semasa kita menggunakan internet.
Apa yang BEST lagi pasal Salam Browser ni adalah:-

1. Senang Download di Youtube

Anak anak suka tengok upin ipin, Didi & Friends dan kita mak ayah ni nak jimat data internet kan. Bila nak download video di youtube nak kena cari apps pulak. Special youtube di Salam Browser ni adalah ada button DOWNLOAD

2. Menjimatkan data

Stress weii kalau guna data plan cepat je habis. Dan masa nak guna tu la habisnya.huhuhu. Kat Salam Browser ni ada fungsi penjimatan data.  sesuai la untuk kita budget bila masa data kita akan habis. lagi lagi bila anak anak tengok youtube.


3. Hadis setiap hari.

Setiap kali buka browser kita akan nampak hadis -hadis terpilih. Sambil nak mencari maklumat, kita dapat la membaca setiap hari hadis. Permulaan yang baik setiap hari.

Salam Browser ni memenuhi apa yang sepatutnya. mengelak unsur unsur negatif muncul di saat kita dalam mencari apa jua maklumat. Internet merupakan keperluan semua terutama pelajar. Semoga apa yang Salam Browser telah sediakan dapat membantu kita lebih maju ke hadapan

8 Replies to “Browse Paling Selamat Untuk Kanak kanak Dari Bahan Lucah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge