Cabaran 30hari Blogging Day 30 : kenapa saya suka tulis blog

Berakhir sudah cabaran 30 hari. Walaupun ada yang terlambat tapi Alhamdulillah berjaya habiskan. Tahniah juga kepada yang join dan habiskan cabaran ni.
KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG
1. Berkongsi pengalaman
Saya suka dan sangat suka berkongsi pengalaman. Pengalaman saya mengandung, melahirkan, breastfeeding dan lain lain la.
Lebih suka bila kawan kawan seperjuangan juga mendapat manfaat bersama. Bersama sama berjaya menyusukan anak. Ada yang sms, whasapp bertanya. Terharu rasanya
2. Share tips
Ada juga la saya share tips pasal kemas rumah, tips travel dan macam macam lagi. Tips ni nampak simple tapi insyaAllah membantu orang lain juga
3. Ilmu
Saya bukan cikgu, sasterawan.. menulis blog ni semua ilmu yang sedikit ni dapat membantu orang lain. Ini la harta yang saya tinggalkan bila saya takde. Ilmu selagi orang gunakan kita pun dapat pahala kan.itu yang saya pegang
4. Peluang keemasan
Dengan blog ni la saya dapat masuk tv9, majalah, surat khabar.malah dijemput untuk promote product. Siapa sangka kan.. pernah di jemput memasak dengan anak yatim oleh planta. Best sangat…
Kerana ini la saya suka menulis blog. Menulis dan terus menulis. Walaupun ada yang kutuk, tak suka tapi takpa lah.saya halalkan.
Jom terus menulis blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge