Cendawan Inoki Goreng Rangup

Dah lama resepi ni viral dekat FB. Semalam p Tesco ternampak cendawan ni. Issh boleh la try. Jadi surirumah ni paling pening bab nak masak apa. Adoii berchenta kadang kadang kat pasar. dok pikir nak masak apa.Bahan bahan nak buat cendawan Inoki Goreng Rangup ni senang je.

 

  • Cendawan inoki
  • tepung goreng tu (brand apa apa pun boleh)
  • garam
  • Serbuk kunyit
  • Telur

Ainul masukan garam sikit je sebab tepung goreng tu dah masin. kalau taknak letak garam pun boleh. Kunyit tu nak bagi warna. nak letak serbuk kari pun boleh. taknak letak pun boleh. Ada resepi letak telur, ada yang tak. Ainul letak nak bagi rangup

Caranya senang sangat.. Campur je semua. kemudian goreng .. Tadaaa siap. Yang penting sedap, rangup.. Tak cukup weiii.. Anak anak pun suka.

Try la. senang & sedap makan panas panas. kalau dah sejuk dah tak berapa rangup tapi still sedap la.Cendawan inoki ni Ainul beli 2 pek untuk kami 4 orang makan. 1 pek RM1++ je. Hari tu ada promosi berapa posen je. Adoii masa tu tak terpk pulak nak masak ni.

Cendawan inoki ni sedap juga kalau masuk dalam tomyam, sup. cuma kalau dalam tomyam sup anak anak susah nak makan. Bila buat goreng rangup ni mereka suka.

Selamat mencuba

7 Replies to “Cendawan Inoki Goreng Rangup”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge