Char Kuey Teow Sedap Di Shah Alam

Malam tu kena pergi cod VIVIX di Laman Glenmarie. Lepas isyak baru husband free nak bawa p cod. Oklah la dah siap solat baru bawa anak anak jalan jalan. Laman Glenmarie ni dekat TTDI Jaya Shah Alam tau. Kami dulu pun ingat dekat Glenmarie. rupanya jauh terpinggir.

Balik dari COd, perut dah lapar . Husband ajak makan dekat area area TTDI Jaya. Pusing sana sini ternampak kedai makan Aimar Char Kuey Teow. Nama biasa dengar tapi belum pernah try lagi. 
Aimar Char Kuey Teow ni dekat belakang Petronas TTDI Jaya tu. Orang pun tak ramai. Oklah kan
Ainul order Char Kuey Teow special. Husband makan nasi goreng, Arreessa makan bihun sup. Char Kuey Teow ada banyak jenis. yang biasa, besar, special, besar special. Special tu udang lebih la. 
Char Kuey Teow ni udangnya banyak, rasa pun sedap. cukup rasa & ada sedikit pedas. Ainul memang suka pedas jadi memang layan la. 
Udang besar macam tu ada la dalam 5-6 ekor jugak la. Puas la makan. Ni pun share dengan Maryam. 
Harga Char Kuey Teow Special ni RM6.50. kalau tambah lagi RM1 dapat besar Special. Mungkin kuantiti Kuey Teow lagi banyak 
Pada peminat Char Kuey Teow boleh la try Aimar Char Kuey Teow ni.. 

2 Replies to “Char Kuey Teow Sedap Di Shah Alam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge