Checkers Cash & Carry Seksyen 15 Shah Alam : Beli barang murah

Ahad lepas ajak husband shopping beli barang dapur di Checkers Seskyen 15 Shah Alam. Asalnya nak ke pasar seksyen 6 tapi macam biasa la kalau hujung minggu sangat ramai orang.  Pasar Tani stadium pulak panas.kalau nak kena p awal pagi. Ada anak ni susah sikit. Banyak kali ke sana dia mesti buat perangai. mengamuk ajak balik. Apa pun tetap suka pasar tani stadium.

Kembali ke kisah ke Checkers. Ingat pasaraya buka awal di hujung minggu rupanya checkers pukul 9 pagi baru buka. Nasib baik dekat situ ada kedai makan dan car wash. sambil menunggu checkers buka sempat la basuh kereta dulu

Dari luar nampak biasa bila masuk pun biasa je.takde la macam Tesco atau Aeon Big kan. Kebanyakkan barang untuk di borong. Nak beli satu satu pun boleh. Beli satu pun harga masih lagi murah.

Contoh kipas kipas udang saiz besar.Selalu kat Tesco, kedai runcit dalam RM10.00 tak pun RM9.80 kalau tak silap. Di Checkers hanya RM7.80. jauh kan beza

 

Harga kat botol RM10.00

 

 

Buat peminat kicap cap kipas udang.Kicap lain saya tak check pulak harga. Tapi pasti semuanya murah dari biasa
Beli susu dutch lady untuk Arreessa. Sebelum ni nak try beli saiz kecik tapi kat tesco. Alhamdulillah dia suka. Beli saiz besar ni harga RM17.50
Murah la kan.. sebab ada kawan bagitahu susu ni biasa RM20
feedback dari kawan-kawan..pampers pun murah tau kat sana.
kepada mereka yang mahukan harga murah boleh la mencuba membeli di Checkers.
Alamat Checkers ni
Selamat bershopping 🙂

One Reply to “Checkers Cash & Carry Seksyen 15 Shah Alam : Beli barang murah”

  1. Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge