Dari seorang surirumah ke seorang usahawan berjaya

kalau dulu surirumah sering dipandang wanita yang mengharapkan duit husband sahaja. Wanita yang duduk dirumah tanpa kelulusan tinggi, takde duit sendiri. Zaman kini makin berubah. Perubahan zaman yang menyebabkan ramai wanita yang memilih untuk menjadi surirumah. Menjadi surirumah dengan kelulusan ijazah, malah ada yang ada PHD tetapi memilih duduk dirumah menjaga anak anak sendiri.

sekarang pun ramai je surirumah yang melakukan business dari rumah dan paling membanggakan mereka berjaya sehingga ada yang bergelar jutawan.

Istilah surirumah yang mengharapkan duit husband sekarang sudah tiada. Surirumah ada kerjaya sendiri dan ada income sendiri. Best kan.. bekerja dari rumah. duit dapat, jaga anak anak sendiri pun dapat

Bekerja dari rumah, menjaga anak anak sendiri dan masa yang sama buat business bukan la perkara yang mudah. Ramai nampak ibu bekerja dari rumah ni macam goyang kaki. Boleh guling guling dengan anak 24jam… 
Kalau korang nak tahu, bekerja dari rumah sebagai usahawan dan ibu, isteri membuatkan kami bekerja 24jam. Lebih penat dari bekerja makan gaji. Saya juga pernah makan gaji sebagai jurutera dulu. 
Penat tetapi sangat puas hati. Kepuasan yang sangat BESAR yang tak boleh digambarkan dengan kata kata.
Paling utama BEST nya bekerja dari rumah adalah kebebasan masa. Kami bebas nak ke mana mana tanpa perlu minta cuti, mc atau urgent leave. Nak pergi shopping pun di weekdays sangat la heaven. Nak parking baring pun boleh tau. Tak perlu beratur panjang nak membayar. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge