Dress Untuk Ibu Menyusu & Hamil

Dulu bila pregnant dan menyusu susah sangat nak mencari dress yang sesuai. Kalau pregnant, dress mesti ketat tang perut. Masa 2-3 bulan ok la lagi. Bila dah masuk 3rd trimester memang confem tak boleh nak masuk tang perut tu. huhuhuu

Bila menyusukan anak selalunya tang perut ok tetapi tang breast pulak susah nak menyusu. Takkan nak selak dari bawah kot. Dress kan panjang. huhuhuuu..

Sebab itu la masa mengandung dan menyusukan Arreessa jarang pakai dress sebab hal hal macam ni la. Telan air liuq je la tengok dress cantik cantik

Masa pregnantkan Maryam, fesyen untuk ibu menyusu , hamil makin berkembang. Makin banyak pilihan yang cantik cantik. Rambang mata tengok kt IG tu. Siapkan duit je uolss zaman sekarang

Salah satu dress menyusu kegemaran Ainul adalah dari MUMSLUV. Kain jenis yang tidak jarang, lembut, selesa , elegent dan harga mampu milik. Tak mahal sangat sampai tak masuk akal

Ni dress dari Mumsluv yang Ainul dan adik beradik pakai masa kenduri Adik Ainul. 
Untuk Aidilfitri 2015 ini Mumsluv telah menampilkan koleksi terbaru iaitu SYAURAH by MUMSLUV
Serius cantik giler.. tak saboo nak beli, Harga pun takde la mahal sangat. Ianya bukan untuk ibu mengandung, menyusu aje. Sesiapa pun boleh pakai. Tak nampak macam baju menyusu kan
Simple tetapi nampak elegent. Itu yang penting. Bukan boleh pakai raya tetapi boleh p jalan jalan jugak. Nak pakai pergi keje pun sesuai. Jadi All in 1. baru la berbaloi baloi pelaburan kita. Bukan beli baru sekali je boleh pakai. Lepas tu nak pakai p opis takut kawan kawan cakap macam mak datin pulak…huhuuhuuu
Jadi korang jom kita terjah website MUMSLUV  untuk koleksi dan pilihan dress menyusu dan dress untuk ibu hamil
website : MUMSLUV 
Facebook : MumsLuv Exclusive

***SHOWROOM MUMSLUV DIBUKA SETIAP HARI***

Atas permintaan ramai, showroom kami telah beroperasi setiap hari bermula hari ini dari jam 10 pagi sehingga 5.30 petang.

Mommies boleh walk in ke showroom kami sepanjang Ramadhan ini untuk shopping baju raya ye!!

Alamat : 12-1 Jalan Putra 5, Taman Putra Kajang, Kajang. Tingkat 2 (bersebelahan Darul Huffaz dan Restoran Cibiuk)

Sempena Aidilfitri 2015, MumsLuv ada buka booth di SACC Shah Alam. Booth mereka di Mood Republik di antara SACC dan PKNS Shah Alam. Ada SPECIAL offer di sana. 
#AinulMustafaProductReview
****************************************************************************
Anda berniaga? Mahu iklan di blog Ainul Mustafa..
Sila Hubungi Ainul di 013-3612717 atau email ainulfadzilah@gmail.com . Kami menawarkan pengiklanan di blog dengan harga serendah RM50 sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge