Holiday Port Dickson : Thistle Hotel Port Dickson

Holiday Port Dickson : Thistle Hotel Port Dickson
Selesai BBQ picnic di Tanjung Biru, Kami ramai ramai bergerak ke Thistle Hotel. Dari Tanjung Biru ke hotel dekat je.  1st time Ainul ke Thistle Hotel. Teruja jugak kan. Ramai cakap hotel ni best.

Best ke hotel  Thistle  Port Dickson ni? jom tengok review Arreessa & Maryam
Gambar bilik kami. Dapat yang view mengadap padang golf. Oklah kan. Kalau view swimming pool lagi cantik. 

Sila abaikan katil yang dah berkedut kedut. Biasa la budak budak ni.. masuk bilik terus melompat atas katil. 
Bilik sangat selesa. Katil pun besar dan kami gabungkan muat untuk kami 4 beranak tidur dengan kuat lentang 

Apa aktiviti yang kami buat di Thistle Hotel Port Dickson ni? 

1. Swimming pool

Swimming pool kat sini sangat besar dan best. Ada banyak kolam. Untuk kanak kanak, dewasa dan husband cakap yang 2meter dalam pun ada. Mungkin untuk atlet kot.

besarkan kawasan toilet dia. sangat best, selesa. Cuma restroom kawasan swimming pool agak kotor. Mungkin time saya pergi tu belum sempat dibersihkan. so far ok sangat. Anak anak la paling suka. Celik mata je nak p pool

Percutian kami ni pergi dengan kawan kawan. Mandi kolam mak ayah pun sakan sekali dengan anak anak. 

2. Sukanneka 

Kawasan Thistle Hotel sangat besar. Ada kawasan padang yang besar. Petang tu kami buat sukanneka untuk anak anak. 

3. Berkelah

Pagi kami sengaja tak ambil sarapan di hotel. Memang plan nak sarapan berkelah di padang Thistle Hotel . lepas picnic terus terjun kolam. hihihii

4. Bermain 

Disini ada disediakan pelbagai ruang untuk bermain. Ada lego room, playroom, movie room pun ada

Ada juga ping pong di luar playroom ni. Kaum bapak bapak main ping pong disana. 
Percutian di 2H 1M di Thistle Hotel Port Dickson walaupun singkat tapi sangat puas hati. macam macam aktiviti kami buat. 
Sangat recommended la Thistle Hotel Port Dickson ni terutama yang bawa family anak anak. banyak aktiviti boleh buat. 

Thistle Hotel Port Dickson
Address: KM16 Jalan Pantai , Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Phone: +60 6-648 2828

2 thoughts on “Holiday Port Dickson : Thistle Hotel Port Dickson

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge