Ikan Siakap 3 Rasa : Resepi senang dan pasti sedap

Arreessa sangat suka makan ikan siakap. 2 minggu tak berapa sihat jadi dapur pun tak berasap. Bila badan dah kembali segar, teringin la nak makan itu ini. Apa lagi tunaikan la hajat anak dara saya tu. 

Ikan Siakap Goreng masak 3 Rasa

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
minyak masak – untuk menumis
Garam secukupnya
Gula secukupnya
1batang serai diketuk

Bahan kisar
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan Dihiris Halus:
1 batang kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 – 5 biji cili padi – ikut tahap kepedasan yang anda mahukan
1 batang serai 

Bahan-Bahan sos
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos ikan

Cara Cara:

Ikan selepas di basuh bersih, lumur dengan kunyit dan garam. Goreng ikan sehingga garing

Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan dikisar halus selama 1 minit.

Bila dah naik bau,masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak. Masak sehingga pecah minyak

Kemudian masukkan sos ikan dan bahan yang dihiris halus dan serai yang di ketuk.Masak hingga kuah pekat sedikit dan masukkan gula dan garam. 

Bila sudah siap, tuang kuah ke atas ikan yang sudah di goreng

Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge