Insurance , kad perubatan penting & perlu ada ke?

Pengalaman yang terjadi pada keluarga sendiri menyebabkan saya nak tulis pasal ni. Ayah saya baru sahaja menjalani pembedahan bypass Mei lepas. Kisah ayah boleh baca di entry ini. Di IJN segala kos perubatan di tanggung oleh kerajaan oleh kerana ayah pegawai kerajaan. Alhamdulillah fasilitis, ward di IJN sangat baik sekali. Seminggu juga ayah di IJN selepas pembedahan. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan ayah cepat recover balik. kalau tak silap kos semua hampir RM50k++ . 

Beberapa minggu selepas pembedahan, ayah makin sihat. Selera makan  pun kadang ok kadang tidak. Biasa la banyak kena pantang. Pada suatu hari, ayah muntah. Dalam sehari banyak kali muntah sampai tak boleh makan, minum pun muntah. paling takut bila ayah beberapa kali hampir pitam. Sekali tu ketika dengar kutbah jumaat. Ayah muntah dalam masjid. Nasib baik adik lelaki, husband ainul ada. Cepat-cepat bawa balik.

Adik & adik ipar  Ainul yang kerja doctor datang check blood pressure, denyutan jantung ayah. Adik  ipar cakap jantung ayah agak laju dan tidak sekata denyutannya. Lebih kurang la ye ayat orang bukan doctor ni.kang uolss tak faham pulak. Segera kami bawa ayah ke hospital. Di Shah Alam hanya ada hospital private. Paling dekat DEMC je la. nak bawa ke IJN terlalu jauh. Taknak buang masa kami bawa je ke DEMC. 

Ambik darah, doctor pakar pun check dan ayah kena admitted. Ayah dah risau sebab tiada medical card. Nasib baik kakak & abang ipar banyak membantu dari segi kewangan. Yang penting masa itu ayah sihat. Duit boleh di cari. 

Seminggu di DEMC, rupanya ada ubat yang ayah tak sesuai ambil. Bila di ambil akan memberi kesan pada buah pinggang.

Kos perubatan? Tak payah la tanya kan. Nama pun private. Lepas tu ayah banyak kali pesan pada kami adik beradik ambil insurance, kad perubatan. 

Mungkin sekarang company cover tetapi bagaimana bila kita pencen? mahu guna segala simpanan yang sepatutnya kita guna untuk anak-anak, pergi mekah dan lain-lain 

Sekarang banyak je company insurance tapi tips dari saya

1. Agen yang dikenali

Sila pastikan anda kenal agen insurance anda. Macam Ainul memang ambil dengan kawan husband yang kenal sejak matrikulasi lagi.Malah 1 family dia kami kenal. Alhamdulillah sudah beberapa tahun servis memang terbaik. Arreessa, husband masuk hospital pun claim cepat je dapat. Senang nak berurusan bukan nak call pun susah.

2. Company

Rasanya setiap company polisi lain-lain kot. Tak sure la ye. Sila rujuk agen anda. Ainul ambik Prudential BSN Takaful. yang ada medical, saving dan education untuk anak.  monthly RM150 je. nak bayar bula-bulan itu ikut pakej yang kita ambil la.ada yang lagi mahal, ada yang lagi murah bayarannya. Ikut budget masing-masing la ye. Macam ainul & arreessa ambil kalau masuk hospital boleh claim RM400 sehari. 

kalau korang masuk hospital guna GL company pun boleh claim elaun dari insurance tau. So tak rugi pun. 
Antara agen insurance Prudential yang Ainul kenali dan korang boleh hubungi mereka kalau ada apa apa pertanyaan
1. Anuar & Nisa : 019-7760507
Facebook : Nisa Nua

2. Azmir Azlan : 0126214881
Facebook : Azmir Azlan

   Semoga pengalaman saya ni menjadi iktibar pada semua terutama untuk ibu bapa kita. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge