Isu Anak Kena Lancar Membaca Sebelum Masuk Darjah 1

Isu Anak Kena Lancar Membaca Sebelum Masuk Darjah 1
Hari tu terbaca di facebook yang cakap anak anak yang sekarang 5,6 tahun dah kena bagi lanca membaca .kalau belum lancar sila hantar p tuition. Tak dinafikan silibus anak anak sekarang mak aii mak ayah tengok pun jenuh nak menjawab.. tapi sampai kena hantar anak p tuition tu ehmmm Ainul tak berapa setuju la.

1st day..main kaler kaler jekk.. anak anak hepi tak stress

Takkan sampai kena tuition bagai. kesian anak anak. Masih kecik lagi. Adakah lancar membaca pada usia awal 4, 5 tahun dia 100% terjamin cerah masa depan. confem 100% 20A1 dalam SPM. Adakah anak anak yang lambat sikit membaca gelap masa depannya.

Nak kongsi dengan korang semua kisah Arreessa yang belum lancar membaca pun masa tadikah 6 tahun.

Pada mulanya risau sangat. yelah terpengaruh jugak dengan status fb ni. sampai paksa dia membaca. Dia pulak belajar phonics. Ainul nak ajar cara tradisional. mula la gaduh.huhuhuu.

Nak masuk darjah 1 sekarang pulak ada exam untuk tentukan kelas. Masa tu cakap kat dia ” kakak buat je mana yang kakak tahu. tak tahu tinggal “

Tak mau bagi dia tekanan. Bayangkan baru 6 tahun ke duduk exam semua. Kita umur 16 tahun pun kadang kala tak suka kan.

Takpa walaupun dia tak tahu jawab pun bagi dia peluang. Nanti cikgu akan tempatkan dia di kelas yang sesuai dengan tahap dia. Ini yang ramai parents tak mau kan. Malu, takut anak anak dok kelas hujung, kelas pemulihan. Malu nak bagitau anak anak dok kelas hujung sebab tak tau membaca.

Arreessa ditempat di kelas yang sesuai dengan tahap dia. 7 bulan di darjah 1 ni, Alhamdulillah dia dah lancar membaca. Rajin la pulak membaca. Siap minta belikan komik yang dia suka.

Tips nya jangan paksa dia. Bagi dia sendiri yang nak. lagi paksa lagi dia tak suka. Kita boleh bantu dengan sambil sambil baca buku ajar sikit sikit. dengan syarat dia pun nak. kalau paksa dia akan rasa membaca tu susah. Sabar dan tunggu mood dia ok.

Masa 1st ujian kami tak suruh langsung dia buat ulangkaji. Siap p bercuti kat PD lagi masa tu. Balik dari bercuti p sekolah terus ada ujian.

Hasil dari ujian tu. kami tahu tang mana dia lemah. Kenapa yang ni dia dapat markah banyak, kenapa subjek ni dia dapat rendah.

Bila ujian pertengahan tahun, Arreessa sendiri yang cakap nak ulangkaji. Bila dia sendiri cakap nak jadi kita bantu.

Ini bukan bermakna kami tak ambil berat. Cuma tak mau dia rasa terbeban. Bagi kami darjah 1 terlalu awal untuk push dia. Paksa dia belajar, ulangkaji … memaksa itu buat dia faham ke tak? Dia belajar sebab nak faham cinta ilmu atau sebab nak dapat A je.

Bila dah lancar membaca.. adik adik la mangsa kakak kena paksa membaca termasuk Dahlia. 2 bulan lagi dah kena paksa membaca.. huhuhu

Dalam sibuk paksa anak lancar membaca, jangan lupa pasal adab dengan guru, kawan kawan. Ajar sosial skill. Benda ni dapat dari pengalaman dan benda ni akan menbina diri anak anak sampai besar. keyakinan diri, public speaking. Ada orang hebat dalam akademik tapi bila present kat depan tergagap.  Ada orang hebat markah nya tapi rendah markah adab nya. 
Biarlah anak anak kita hebat akedemik, hebat sosial, hebat adab nya kan.. 
Ini pengalaman & cara Ainul. Cara ibu bapa lain pastinya berbeza dan setiap ibu bapa ada cara nak didik anaknya.  Semoga anak anak kita berjaya menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge