Jalan Jalan Cari Makan Shah Alam : Bert’s Cafe U12 Shah Alam

Jalan Jalan Cari Makan Shah Alam : Bert’s Cafe U12 Shah Alam

Kemunculan cafe cafe bagaikan cendawan sekarang. Yang best cafe ni tempat yang comel dan simple. Ala-ala moden style gitew kan.

Banyak kali dah lalu Bert’s Cafe ni sebab dekat je dengan rumah adik Ainul. Lalu je tengok ramai orang. Sampai la tergoogle terjumpa pasal Cafe ni. Macam best je makanan dia. Terus ajak husband pegi.

Nak cari Cafe ni senang je. Korang p U12 area kawasan kedai kedai tu. Cari Restoran Isa Maju. Belakang Isa Maju tu je Bert’s cafe tu. U12 ni kawasan baru di Shah Alam. Takde la baru sangat tapi ramai juga yang tak tahu. U12 ni belakang seksyen 7 tau.

Deco cafe yang simple tetapi menarik. Makanan pun sedap. Di sini konsep layan diri ye. Jadi kena ke counter untuk order. Selepas tu anda akan diberi no. Yang ini memang cute.

Comelkan No dia.  Arreessa ingat tu dadu..hehe

Makanan ada yang western dan melayu style. Disebakan pose hari tu jadi tekak nak makan nasi la.

Chocolate Shake Husband.. sedappp

Mangga Selasih. Mula-mula pelik sebab selasih selalu dalam air sirap. Bila dah cuba memang best. Sedap..Habis licin 🙂

Nasi lemak yang agak sedap. Sambal sedap. dan ayam goreng berempah yang sedap dan besar. Ayam sampai kongsi dengan Husband. Banyak la ayam dia. Puas hati makan

Ini Arreessa punya.. brownies dia agak keras. Bagi Ainul la. Ok la rasa dia

 Apapun selesa dan best makan di sini. Lepas ni nak try signature dish diaorag iaitu nasi ayam Butter.  Hari tu lupa sangat nak order. Dah terorder nasi lemak pulak. Takpa next time kita pegi lagi.

Tempat yang sesuai dating dan lepak dengan kawan kawan.

Bert’s Cafe

36, Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam
Shah Alam, Malaysia
03-33583766 / 017-2255597
Facebook : Bert’s Cafe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge