Jalan Jalan di MAHA 2016

Jalan Jalan di MAHA 2016
MAHA ni setiap 2 tahun ada tapi MAHA 2016 ni adalah kali pertama Ainul ke sana. hihihi jangan marah ek. Mula mula rasa apsal nak p sana? apa la yang best sangat ni.

Semuanya kerana Abah. Nampak abah asyik penat menjaga cucu cucu jadi plan dengan husband nak bawa abah jalan jalan . Abah memang suka bab pokok pokok ni. Laman rumah dia aje penuh segala pokok . Nama duduk Shah Alam bandar tapi ada pokok pisang tau. hihii

Kami bawa abah dan anak anak pagi pagi lagi dari Shah Alam ke Seri kembangan. Konon pergi hari Isnin orang keje kan. Mesti tak ramai orang. Sampai sahaja ke MAHA tu dalam jam 10 pagi, kereta sudah mula beratur untuk masuk . hari Isnin tau tu. Dasyat penangan MAHA ni

Lawatan tempat semaian pokok pokok. Macam macam jenis pokok yang 1st time dengar pun ada. Masa ini juga kita sendiri walaupun dah umur 30 tahun belajar. Kalau tak tahu makan buah je.

Misi abah hari tu cari pokok limau. 
Kepada mak buyong macam Ainul ni, jangan risau ye sebab banyak pit stop. tempat duduk yang boleh rehat lepas penat berjalan. 

Oh ya di sana ada disediakan bas untuk ke kawasan pameran lain. Besar tau MAHA ni uolss. memang kena 3 hari 3 malam baru habis tawaf.  Kalau nak naik bas kena beratur di pintu masuk. kena bersabar la ye sebab ramai kan.

Menarik kalau dapat naik yang ini… 

Kami memilih untuk berjalan sahaja dulu. Best di MAHA ni jalan jalan dapat test makanan. Jadi toksah risau lapo. jalan sikit kasi lapo makan lagi.

Ini kawasan mereka jual labu dan tembikai susu. ada tester tembikai susu. sedap, manis. Arreessa memang suka tembikai susu terus minta mama belikan

Nak beli yang dah potong boleh nak beli yang belum dipotong pun boleh. Yang dipotong sebekas RM5. wajib beli makan. sedap manis rasanya.

Ini labu omputih macam dalam cite Harry Potter dan selalu kita nampak time Halloween 

Yang hijau ini labu jepun. Kanzaki nama nya . Rasanya tak pasti sama atau berbeza. Adik yang jaga tu cakap yang oren tu boleh potong nipis dan goreng macam goreng keledek tu.

Tempat paling syiok pergi dan anak anak suka dan menjerit sakan pastikan kawasan lembu lembu sado. Masa ni la nak kenalkan anak anak bandar ni mana satu ayam jantan, ayam betina, lembu kambing. Asyik nampak kambing comel dalam nursery rhymes aje. kali ini yang real super comel punya.

Lembu ni katanya berat 700kg. Macammana la dia nak bangun kan. Arreessa Maryam nampak dari jauh dah menjerit. Mak dia pun takut jugak. Agak agak berapa la harga lembu ni kan. Mahu kalau sembelih 10 kampung boleh jamu

Lembu sado pojaan ramai. memang sado dan berotot otot. Makan apa la lembu ni. Memang ramai peminat lembu sado ni. Yelah lembu kat Malaysia ni mana ada sebesar ini. Kat MAHA ni macam macam jenis, saiz yang kita boleh tengok. Baka yang special jarang ada pun boleh kita tengok hanya di MAHA.

Kegemaran Arreess dan Maryam. Suka betul dengan anak anak ayam warna warni ni. Anak ayam pun 1st time tengok secara live tau. huhu

Penat berjalan, lapar dan haus. Jangan risau sebab ada banyak tempat makan di sini. Bestnya tempat makan dalam khemah, ada kipas , meja semua. Sangat selesa dan bersih.

 Boleh pilih apa sahaja makanan yang semuanya datang dari hasil ternakan perternak. 100% organik dan fresh dari ladang.

Kunjugan kami ke MAHA 2016 , sangat la BEST. Walaupun tak habis menjelalah semuanya , yang mana sempat ini pun dah puas hati. Yang penting dapat gembirakan Abah. Nampak senyuman Abah , anak anak beri kepuasan pada kita. Penat pun tak terasa.

Tahniah kepada MAHA 2016 atas kejayaan melakukan sesuatu yang paling terbaik. Ada baca di Utusan katanya MAHA 2016 catat kejayaan luar biasa . Wow ! memang luar biasa buat saya yang pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Tak puas nak jalan

Dikatakan 3.7 juta pengunjung datang ke MAHA 2016 ni. Kami datang hari Isnin pun dah ramai orang. Lihat sahaja video ni ramai nya yang datang tanpa henti.

Tahniah MAHA 2016 , insyaALLAH MAHA akan datang saya pasti akan datang bawa Abah dan anak anak lagi. Dan pastikan 3 hari 3 malam berkampung di MAHA baru puas hati. 

One thought on “Jalan Jalan di MAHA 2016

  1. memang cpecah rekod maha tahun ni berbanding 2 tahun lepas sebab banyak benda baru yang menarik perhatian orang untuk terjah sana. kebetulan pulak musim cuti sekolah, ramai la mak ayah bawak anak-anak tengok lembu sado. tu tarikan utama selain upin ipin hehheheee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge