Jom masak bersama Ainul~ Nasi Beriani

Semalam berjaya buat nasi beriani dan ayam masak merah. Saje nak mencuba sesuatu yang baru..hehehehhehe

Nasi Beriani

Bahan-Bahan:
3 cawan beras
3cawan air
30gram Rempah beriani * ainul guna adabi
40gram minyak sapi * terletak sikit..so agak kering..heheehehe
40gram minyak masak
1/2 cawan susu cair
4biji bawang merah * ainul guna 6biji..suke bwg banyak **
4biji bawang putih * pun letak banyak **
15inci halia * agak2 je la**
gula
garam

** bahan-bahan ni kisar ye


Cara-caranya


1.Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi ke dalam periuk nasi.Tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.Kemudian masukkan rempah beriani.kacau sampai wangi.

2.Masukkan susu cair.kacau sampai mendidih

3.Masukkan air,beras, gula & garam

4.Masak sehingga nasi masak “)

Korang boleh la hiasan dgn gajus, kismis , bawang goreng kalau suka..

sumber google “)

Ayam Masak Merah Mama Arreessa

Bahan-bahan

Ayam
serbuk kunyit
10 helai cili kering **
4-6ulas Bawang merah**
4-6ulas Bawang putih**
1inci halia**
belacan**
gula
garam
Asam jawa

**kisar 

cara-caranya

1. Gaul ayam, kunyit & garam bersama.

2. Goreng ayam sehingga kekuningan

3.Asingkan ayam yang digoreng tadi

4.Panaskan minyak.masukkan bahan kisar .Tumis sampai cili garing atau sampai pecah minyak

5.Bila dah garing masukkan gula, garam & asam jawa

6.Masukkan ayam

7.Siappppp

sumber google jugak “)
Alhamdulillah licin!!! 
Maap la gambar lupa nak snap.so terpaksa la rompak dari google untuk memeriahkan suasana..
Selamat mencuba “)

6 Replies to “Jom masak bersama Ainul~ Nasi Beriani”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge