Jurutera di Rumah

Jurutera di Rumah

Cita -cita menjadi jurutera terkubur selepas berhenti dan menjadi working at home mom. Yeke? Bagi ainul kerjaya jurutera tidak pernah terkubur. Ainul suka menjadi seorang jurutera. 5 tahun belajar tidak beerti kita harus apply dalam dunia pekerjaan di opis atau dunia corporate sahaja. Bila ambik keputusan menjadi wanita bekerja di rumah , kerjaya jurutera masih wujud. Bagaimana?? Apa maksud menjadi jurutera di rumah tu??

Perancangan/ Planning

Seorang jurutera kena tahu dalam perancangan. Contoh bila buat sesuatu project kita akan ada planning, bila nak buat itu ini. Bila, kenapa, bagaimana..

Bila di rumah, kita kena ada planning juga. Bukan main terjah buat itu ini je. Perancangan bila nak masak, bila nak basuh baju. Kena ada jadual. Bila, bagaimana. Bila nak basuh baju? Maybe selepas solat subuh.Kalau takde perancangan jadi semua pun terbabas

Research

Dalam 1 project kena la buat research serba sedikit. contoh nak masak. Takkan hari-hari nak masak ikan goreng je. Kesian cik abang. Bila dok rumah rajin nak mencuba resepi macam-macam. Apa kena buat? Research la dulu. Apa bahan kena beli. Tulis apa bahan-bahan tu. Kang kat pasar takde la semuanya lupa. Beli benda yang tak sepatutnya

Making decision/ buat keputusan

Ingat masa keje je ke kena buat keputusan itu ini. Kat rumah pun kena okey. Setiap hari kena buat keputusan yang betul tepat. Susah wooo.. Contoh: nak masak ikan ke ayam.. nampak senang tapi susah tau.Katakan semalam dah masak ikan, takkan hari ni ikan lagi kot. Masak ayam takkan ayam kari je ke..
Susah tak?? hahahahaa… Bayangkan setiap hari kena fikirkan setiap hari. Baru masak tengah hari. Belum sarapan, makan malam.

Analisis

Lepas projek kita akan analisis apa yang patut. Projek tu delay ke, budget overload ke… Sama la ye dengan bekerja di rumah. Kalau buat biz sambil buat kerja-kerja rumah kena analisis balik betul ke perancangan awal kita. Budget atau perbelanjaan sebulan pun kena tengok balik. Over budget ke macammana…

Best kan menjadi jurutera di rumah.. Nak pakai topi enginner pun boleh. Cuma takde la orang nak panggil Cik Ainul, Puan Ainul. Tapi ada orang panggil mama Ainul, sayangku Ainul. Lagi syiokkan

Apapun saya suka dengan keputusan saya.. Jurutera di rumah 🙂

ini dia BIG BOSS saya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge