Khas Untuk Peminat Hello Kitty : Keio Plaza Hotel

Hello Kitty watak kartun yang paling kanak kanak minati terutama kanak kanak perempuan. Bukan kanak kanak je rasanya. Mak budak pun suka. Rupa kucing yang comel, cute . Best tak kalau ada 1 hotel bertemakan Hello Kitty. Bilik, makanan dan ada Hello Kitty menyambut kita. Best kan. Rasa macam mimpi je kan? Tapi sebenarnya ianya adalah realiti hanya di Keio Plaza Hotel Shinjuku
Keio Plaza Hotel Tokyo adalah lokasi yang ideal untuk meneroka keseronokan bandar Tokyo. Hanya beberapa minit dari membeli-belah dan hiburan tempat yang paling popular, hotel mewah kami menyediakan pemandangan yang menakjubkan ke pusat Tokyo. Katil yang selesa, makanan yang baik, muka mesra …. ini hanya sebahagian daripada kemudahan yang anda mendapatkan selepas melangkah dalam pintu hotel.

Keio Plaza Hotel menawarkan pelbagai jenis hospitaliti, dengan 1437 bilik untuk dipilih. Perkhidmatan wifi yang pantas juga ada secara percuma

Terletak di Shinjuku, di tengah-tengah metropolis Tokyo, Keio Plaza Hotel Tokyo memanjangkan tertinggi perkhidmatan dan kemudahan, menampilkan tetamu harapkan sebuah hotel bertaraf dunia.

Yang Menarik di  Keio Plaza Hotel adalah dua jenis bilik yang di hias dengan dekorasi watak kartun terkenal itu iaitu “Bandar Kitty” dan “Puteri Kitty”.

Bandar Kitty
Tema bilik “Bandar Kitty” yang dipenuhi dengan design pop kontemporari amat sesuai untuk penginapan bersama kawan dan keluarga manakala tema “Puteri Kitty” pula yang dikhaskan untuk remaja wanita dan ia dihiasi dengan tema warna merah jambu dan merah.
Puteri Kitty

Hotel Keio Plaza Shinjuku memperuntukkan Lapan (8) buah bilik untuk tema Hello Kitty iaitu empat bilik bertemakan “Bandar Kitty” dan empat bilik lagi bercirikan “Puteri Kitty”.

Cenderamata yang kita boleh dapat di Hotel Keio Plaza Hello Kitty
Sarapan pun bersama Hello Kitty tau
Menarik lagi di Hotel Keio Plaza adalah dimana kita boleh menikmati pengalaman memakai kimono perkahwinan dan melihat sendiri majlis perkahwinan di sana. Special hanya untuk pelanggan Hotel Keio Plaza
Pelbagai Perkidmatan yang ditawarkan termasuk perkhidmatan shuttle bas percuma dari hotel ke Tokyo Disneyland  dan Tokyo DisneySea

Untuk tempahan boleh melayari laman web Keio Plaza Hotel.

website : http://www.keioplaza.com

Terima kasih Tokyo Luxey x Keio Plaza Hotel

One Reply to “Khas Untuk Peminat Hello Kitty : Keio Plaza Hotel”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge