Kidzania: reward Arreessa Zulaikha

Banyak kali plan akhirnya tercapai impian nak menjejakkan kaki ke Kidzania. Kidzania ni terletak di Damansara berhampiran Ikea, The Curve ye bukan di Penang atau Johor Bharu.

Reward Arreessa selepas mama dapat gaji Shaklee. Arreessa banyak tolong mama packing barang, teman babah p Shaklee, pergi pos. Ikut mama babah ke sana sini bantu anak-anak shaklee mama babah. Sekarang masa untuk reward Arreessa yang baik.

Arreessa kalau pergi sorang-sorang mesti tak best kan. jadi mama plan dengan cikgu nurul. Ajak best friend Arreessa, Wafiy pergi sekali.

kaunter pembelian tiket ye bukan kaunter tiket Air Asia. Menarik kan..ala-ala kena naik flight untuk ke dunia Kidzania

Harga tiket kidzania berapa ye??

Harga untuk dewasa dalam RM47.50 dan kanak-kanak 4tahun RM35. bawah 4tahun RM15 dan baby free. Arreessa boleh pilih nak ambik bawah 3thn harga lagi murah tetapi tak banyak la game boleh main. So pilih untuk 4tahun ke atas berbaloi sikit

Destinasi pertama adalah Marrybrown. Di sini kanak-kanak akan diajar membuat burger. Tapi Arreessa taknak.mengamuk taknak masuk. Wafiy je masuk,.

ini dia budak mengamuk awal awal masuk kidzania…

Wafiy yang berani. Buat burger dan burger tu dapat untuk dimakan. Comel je tengok kanak-kanak pakai apron

Stabilo

yang ni Arreessa suka masuk. Excited je. Ada tempat yang kena bayar menggunakan matawang kidzo. Macam stabilo ni kena bayar. ada tempat yang kanak-kanak kena bekerja dan dapat duit.

mak ayah tak boleh masuk tau. Semua anak-anak kena buat sendiri. jadi mak -mak posing je la kat luar.hehe

Poslaju
Di  poslaju mereka kena bekerja menghantar parcel dan nanti dapat duit. Wafiy je buat. Arreessa macam biasa la feeling princess. taknak buat.. tapi bagi support kat Wafiy

Diberi arahan ke mana barang perlu dihantar

Poto posto.. by wafiy 🙂

Akhirnya barang sampai ke tempat yang sepatutnya.. cekap betul pos laju ni. 

Vitagen
Kali ni Arreessa pulak excited. Wafiy pulak taknak pakai coat. Dari sini kita boleh nampak anak kita berminat pada benda macammana.

Diajar cara pembuatan vitagen. Kami parents ni tak dengar pun. Tapi at least kita nampak anak-anak kita mendengar perintah cakap orang lain

Last sekali dapat vitagen seorang sebotol

Hospital
Di Hospital boleh pilih surgeon atau nursery. Memandangkan Arreessa & Wafiy baru 4tahun jadi mereka hanya boleh masuk untuk nursery. kanak-kanak 8tahun ke atas boleh la masuk surgeon

Di Nursery mereka diberi baby. Mandi, pakaikan bedak, pakaikan bedung dan susukan baby. Memang kelakar tengok gelagat mereka. Macammana la Arreessa ada adik nanti

Beauty Salon
Tempat feveret Arreessa. Bab bab make up dia memang suka. Kita boleh pilih nak jadi customer atau juru mekap. Kalau jadi jurumekap dapat duit kalau customer kena kuar duit. 

Ice cream
Di sini pun Arreessa suka. Dia memang suka memasak. Nak jadi masterchef kot.hehhee

Mereka diajar cara membuat ice cream dan last sekali boleh makan..

makan ice cream buat sendiri

Air Asia
Disini kanak-kanak boleh pilih nak jadi pilot , steward atau passenger . Arreessa taknak masuk. Wafiy je masuk. Jadi pilot cilik

Painting School
Kelas mewarna. Dua-dua masuk. Arreessa memang suka mewarna dan benda yang cantik, mencantikkan

tak sangka dia suka mewarna. Cantik pulak tu. kat rumah memang suka main warna warna.tetapi sellau kejap je dia nak main.lepas tu mama yang kena buat.

hasil kerja Arreessa. Mama bangga dengan kakak Arreessa

Shopping Mart
main cashier dan customer. Arreessa memang suka jadi cashier. Selalu tolong mama kira duit kan..

Bomba
 “Arreessa taknak jadi bomba.. Bomba untuk boy.. kakak girl ” .. dia taknak jadi bomba. Wafiy paling suka. Dari awal lagi nak jadi bomba

padamkan api…

Dari pagi sampai ke petang. Sememangnya best sangat. Kidzania banyak bantu tonjolkan minat anak kita.

Kepada mereka yang belum pernah ke sana sila la ye bawa anak-anak. Memang best. Mak Ayah pun teruja

4 Replies to “Kidzania: reward Arreessa Zulaikha”

  1. salam.. wahh.. bestnye.. nk tny, kalo baby pon bole masuk, ade game yang sesuai ke ngan die?? nk bawak ank saya mase umor setahun kot.. ok x?? mintak pandangan.. n harga baby tu smpai bape bulan free tu?? hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge