Kisah tali pusat pendek masa pregnant jadi anak tak dapat cukup nutrien

Kisah tali pusat pendek masa pregnant jadi anak tak dapat cukup nutrien

“tali pusat awak sejengkal je”

6 tahun lepas itu kata Doktor Pakar O&G selepas proses bersalin czer berjaya dilakukan.

Arreessa dilahirkan 37week dengan berat 2.04kg. Kecil je walaupun cukup bulan. kenapa kecil? Ye masalah tali pusat yang tak boleh bawa cukup nutrisi pada anak. Maafkan mama sayang. Alhamdulillah Arreessa baby yang kuat. membesar dengan sihat

4 tahun selepas itu, saya hamilkan Maryam. Saya check up ke hospital yang sama tapi pakar yang lain. rekod lama dah ada dan Doktor cakap ” anak ke dua ni akan alami masalah yang sama. kemungkinan akan lebih kecil dari pertama”

Kalau Arreessa lahir 2.04kg , anak ke dua akan lebih kecil ?

Maka doktor yang comel dan cool tu berikan sejenis ubat untuk membantu “lancarkan blood circulation” pada tali pusat. akan tetapiiiii akan ada side effect seperti pedih ulu hati dan lain lain.

kena makan ubat dari dari awal pregnant sampai 30w tak boleh miss.

Adoiii !! terbayang pedih ulu hati tu macammana la. dah la alah teruk ni. nak hadap sakit lain lagi. tak sanggup rasanya. tapi kalau tak makan macammana tali pusat nak berfungsi dengan baik. macamana zat, nutrien, oksigen nak sampai pada baby.

Saya tekad dan tawakal pada ALLAH. saya takmau makan ubat doktor tu. Saya makan omega guard. maafkan saya doktor. saya tahu doktor sayang saya. saya pun sayang doktor. tapi saya ada pilihan kan.

setiap kali check up Alhamdulillah berat baby bertambah. berat mak pulak yang susah bebenor nak naik. eh pasal makan omega guard ke.

genap 38week, Maryam lahir dengan berat 2.46kg lagi berat dari Arreessa dan saya berjaya bersalin normal . saya sempat tanya doktor ” tali pusat saya ok? “

doktor cakap semua ok. semua dalam keadaan baik.

Omega guard ni fish oil. bukan untuk motor skill baby jugak tapi bantu untuk blood circulation

inilah adalah usaha saya dan pastikan mendapat nasihat doktor. banyakkan berbincang dengan doktor. doktor yang baik akan sentiasa support kita.

One thought on “Kisah tali pusat pendek masa pregnant jadi anak tak dapat cukup nutrien

  1. alhamdulillah dapat doktor yang memahami. Betul tu, hidup sentiasa ada pilihan. berbincang dengan doktor tentang pilihan dan kita buat keputusan. semoga kandungan akan datang pun akan lebih sihat dan comel macam kakak-kakaknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge