Konsert Little Caliph Platinum Seksyen 7 Shah Alam

Dasyat budak zaman sekarang. 4 tahun dah ada konsert tau. Mama dulu tadika kemas kat kampung je. Mana ada konsert konsert ni. Nasyid tengah padang je. Apapun bagus ada konsert ni sebab boleh menonjolkan bakat anak-anak dan bagi anak anak yakin berhadapan dengan orang ramai. Kita orang dewasa pun takut takut nak bercakap depan orang kan.

Konsert Little caliph Platinum Seksyen 7 ni bermula malam. Sebab kan ianya dilakukan di USJ jadi kami jam 6 petang dah gerak ke sana. Takut jam dan sesat sebenarnya. Biar sampai awal jadi takde la kelam kabut kan. Memang jam jugak sebab hujan tapi terkawal la.

nak konsert punya pasal sampai kena beli baju, seluar baru. Janji anak happy dan dia nak duduk atas pentas. jangan meraung panggil mama babah sudah. Berlatih bukan kat school je.. sampai ke rumah dia berlatih.Mama dengan adik maryam pun kena paksa menari.

teachers di meja pendaftaran
Majlis bermula pada jam 7.45malam. Best jugak dewan ni sebab besar, selesa dan di belakang ada banyak bilik yang dijadikan bilik persalinan anak anak dan bilik solat. Dalam tu dah ada toilet. kan best. 
Pembukaan dengan doa dan bacaan Al-Quran oleh anak anak 6 tahun. Kagum dengan mereka. Lancar membaca bahasa melayu & english
anak-anak 6tahun dengan hafazan. 
Comel bila semua pakai jubah putih. tetuba rasa sebak.. very the mak mak kan… hahahhaaaa
Maryam yang sangat excited. menjerit jerit dalam dewan…
Menyesal pakai tudung ni .. rasa serabai je. perasaan yang tak best bila tersalah pakai tudung. huhuhu
Persembahan anak-anak 4tahun. Untuk sesi petang mereka menari tarian joget berhibur. Sangat sangat comel anak anak menari
Arreessa kelas 4 tahun sesi pagi. Persembahan CoCo train.
Persembahan tarian Arreessa & kawan kawan
Persembahan 5 tahun siap ada drama lagi… Tapi kami tak sempat tengok habis sebab maryam dah merengek nak tidur.
Mini konsert yang best. tempat selesa cuma parents kena makan siap siap. makanan tidak disediakan. lepas tu tak boleh bawa masuk dewan. kelaparan la kitaorang
Next year Arreessa perform jadi pincess pulak ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge