Kuey Teow Goreng Sedap di ChaCup Cafe Denai Alam Shah Alam

Jalan Jalan sampai ke Denai Alam malam tu. Tujuan utama nak COD vitamin Shaklee. Borak punya la lama dengan customer sampai anak anak dah bising lapar. Nak makan kat mana? Area Denai Alam la dah paling dekat situ kan. Asalnya nak p makan Char Kuey Teow Udang Galah sedap di The Nai Cafe. Takde rezeki tutup pulak malam tu.

Pusing pusing terjumpa cafe ni. Nampak dari luar pun ok. kita cuba la kan..

Apa makan best? tengok menu ada macam macam. Tekak nak makan Kuey Teow Goreng . Kat menu dia tulis ” Kuey Teow Goreng je ” hihihi. Harga standard dalam RM6++

” Kuey Teow Goreng je ” nampak simple sangat bila dah makan serius sedap. Kena la dengan selera Ainul. Tekak kita lain lain kan. selera pun lain lain. Bagi Ainul sedap. cukup rasa.
Husband pulak makan ” Nasi Goreng je ” 

Husband pun cakap nasi goreng ni sedap. Harga lebih kurang sama dengan Kuey Teow Goreng tadi.

Cha Cup Cafe ni sempoi santai je. Sesuai la bawa anak anak. Nak lepak lepak dengan kawan kawan ke.

tetiba perut pregnant 7bulan tak kelihatan.. mana pulak dia menyorok… 

siapa yang suka Kuey Teow Goreng boleh la try makan kat sini. Cafe pun bersih, kemas. relax sempoi je suasana dia. Next time kena p rasa makanan lain pulak.

4 Replies to “Kuey Teow Goreng Sedap di ChaCup Cafe Denai Alam Shah Alam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge