Little Caliph Teachers ‘s Day Celebration

16 May adalah hari khas untuk meraikan para guru. Ayah Ainul pun seorang guru. Masa kecik kami tumpang syion kalau sambutan hari guru sebab lepas tu ayah akan bawa balik banyak hadiah.hehe..Kami adik beradik la sibuk nak tolong buka hadiah. Kenangan zaman kecik.

Disebabkan 16 May tu hari Sabtu jadi school Arreessa Litte Caliph buat sambutan pada hari Rabu selepas tu. Mula-mula tak plan nak bagi hadiah. Bila nampak status kawan di facebook baru la terfikir nak bagi sesuatu pada teachers Arreessa. Arreessa kira lama berada di LC sejak berumur 2tahun. Dari Daycare ke Preschool. Majoriti teachers kenal dia.

Makanan hari tu pot luck. Dibawa sorang sikit oleh ibu bapa. Serius banyak giler makanan.Ainul bawa bihun goreng je. hehe.. gigih tau bangun awal pagi goreng bihun. demi teachers’s day Arreessa. Punya la banyak makanan lepas tu boleh bawa balik pulak..

Pelbagai aktiviti dijalankan antara student, teachers & parents

Masa untuk bagi hadiah pada teachers Sue & Syida yang mengajar Arreessa. Thank you teachers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge