Makanan untuk Rambut Sihat

Menurut pakar nutrien New York yang juga penulis buku The Beauty Diet, Lisa Drayer, “Sama seperti bahagian badan yang lain, untuk mendapatkan rambut yang kuat bergantung kepada diet seimbang

 

image from hashtagsecrets.com

Bagaimana kalau rambut makin gugur terutama selepas bersalin? Rambut gugur sampai botak macam Puan Maria ni.

Dia pun stress dengan rambut2 gugur ni. Tapi sejak amalkan apa yg dia share dalam video tu, memang kurang sangat2. kurang sebab rambut makin kuat & makin sihat bukan takat luaran saja, tapi dari dalam juga!

Makanan untuk memiliki Rambut Sihat

 

1. Salmon

Selain dari kaya dengan protein dan vitamin D (kedua-duanya baik untuk rambut), asid lemak Omega-3 mampu memberikan minyak semula jadi kepada kulit kepala dan menghidratkan rambut.

2. Walnut

Walnut mempunyai tembaga yang merupakan mineral yang mampu mengekalkan warna asli rambut dan berkilat. Ia juga kaya dengan biotin dan vitamin E yang mana membantu melindungi rambut daripada gugur dek kerana terdedah dengan cahaya matahari.

3. Bayam

Kandungan besi, beta karotena, folat dan vitamin C dalam bayam menjaga folikel rambut yang sihat dan menyah minyak dari kulit kepala.

4. Telur

Kaya dengan empat kandungan mineral iaitu zink, selenium, sulfur, dan besi. Penyumbang terbesar kepada keguguran rambut adalah disebabkan oleh kekurangan besi dalam badan. Besi sangat penting kerana ia membantu sel-sel membawa oksigen ke folikel rambut.

Kesihatan rambut bukan hanya pada luaran tetapi paling utama sihat dari akar rambut. Bila akar sihat maka akan melahirkan rambut yang sihat dan cantik. Rambut yang cantik hanya hiasan untuk suami dan mahram sahaja. Baru la exclusive kan. Kalau semua orang dah tengok tak best la. Tak SPECIAL la untuk suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge