Mari kita ke ladang..

Mari kita ke ladang..
Zaman kita kecik kecik mana ada gadjet. Yang kita tahu batu seremban, teng teng , baling selipar.ishh banyak la mainan nak main dulu. Memang kreatif je nak main sampai selipar pun boleh buat main.

Zaman anak anak kita, gadjet musuh utama. musuh? bukan la 100% musuh. Ada masa ianya ada gunanya. Cuma bila asyik 24jam dengan gadjet itu bahaya. Sampai dah tak tahu nak bermain dengan kawan kawan.

Macam Ainul sendiri ada masa Ainul berikan Arreessa main gadjet dalam tempuh masa tertentu. Lepas asar selalunya Ainul akan bawa Arreessa & Maryam pergi umah Atok diaorang. Untung rumah mertua dekat. Boleh hari hari balik bawa anak anak main dengan sepupu mereka. Tempat berkumpul setiap hari.

Masa ni, pastikan no gadjet. Sila main pasir, berlari, menyorok, main basikal. Apa apa je la aktiviti fizikal. Memang kena tegas. Jadi kita as parents pun kena didik diri sendiri jugak NO GADJET time tu

Sekarang Arreessa suka berkebun. Selepas kat sekolah teacher buat aktiviti berkebun tanam pokok. Pokok tauge je pun. Siap bawa balik hari hari siram. letak depan rumah. Siap kali nak keluar rumah siap bye bye pokok tu.

Dekat rumah atok dia lagi banyak pokok. kita tolong siram kan je.

Arreessa bersama Yasmin kezen yang rapat. Yang ni bukan tanam pokok tapi korek tanah namanya.

Ada orang tak suka anak dia main pasir. Ainul suka je cuma pastikan takde la tahi kucing, paku . walaupun sekadar korek pasir, tanah tapi yang penting mereka ada imaginasi sendiri.  Konon tengah masak la tu..

Maryam pun sibuk nak join. Orang baru dapat kaki. excited la nak berjalan. Dia pun sibuk nak masak dengan kakak. Tapi macam biasa mesti gaduh..hihii
Spend masa bersama anak anak dalam bermain memang penat tetapi berbaloi. Siap kan je la pelbagai jawapan bila mereka suka bertanya apa itu ini..Baru la sel otak berhubung kan..

One thought on “Mari kita ke ladang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge