Milk booster saya

Milk booster atau penggalak untuk menambah susu ibu. Perlu ke? tak perlu pun.sebab apa yang kita makan sebenarnya milk booster dah. Yang penting makan makanan yang berzat, berkhasiat. Konsep asas tidak dilupakan mcam kekerapan pumping atau direct breastfeed anak.

Ainul bukan la pakar laktasi ye. Cuma sedikit pengalaman menyusukan Arreessa 3tahun 5bulan. Sejak pregnant ni je Arreessa dah kurang menyusu. Dia pun dah faham. Selalu nak nenen masa nk tidur je. 

Jantung pisang

Mertua ainul suka makan kari jantung pisang tak pun gulai lemak jantung pisang. Bila makan tu susu memang meriah. Tapi hari-hari nak makan jantung pisang jenuh la kan. Kesian pisang terpaksa berbuah 2 kali 🙂

Pegaga
Dari dulu memang suka makan ulam. so takde masalah nak makan ulam pegaga. Cicah dengan sambal belacan..pehhh nikmat. Pegaga pun salah 1 penggalak susu saya. Asal makan je terasa lain.bila pump memang susu meriah

Longan dengan kurma merah

Mula-mula beli yang dalam tin. tapi susah nak dapat. kalau dapat kena borong banyak. Yang tak best minuman dalam tin banyak gula.Kang nak milk booster sangat dapat kencing manis.oh tidak!!. Jadi ainul buat sendiri. Gigih ok.mencari longan kering dan kurma merah.

Resepi atau cara-cara nak masak boleh refer di entry dulu-dulu : Milk booster Longan & kurma merah

Kopi radix

Ini pun milk booster ainul.Setiap hari minum. Nasib baik memang coffee addict. hehehe.. Ramai juga yang bertanya minum kopi boleh ke bf? Jawapannya boleh. Ainul pernah tanya pakar kanak-kanak. Boleh refer entry ni

Ini jawapan doctor pakar kanak-kanak ye : Breastfeed boleh minum kopi tak?


Set menyusu Shaklee

Ainul start makan set bf shaklee pada tahun 2011. Masa tu penat bekerja, tido tak tentu masa. Production susu pun drop. Makan jangan cakap la.Makan banyak , pumping 3jam sekali tapi mungkin badan penat selalu outstation ke sana sini luar KL , susu pun segan silu nak keluar. Jangan tension sebab tekad nak bf Arreessa sehingga 2tahun. Susu waktu tu pump pagi utk stock tengah hari. Tahap macam tu.huhuhuhu
Ada kawan kenalkan set bf shaklee. Try je la.Mula-mula tu susu sikit jugak. Dah frust. Tapi continue je ambik.Minum air banyak 3-4liter, kerap pumping. Alhamdulillah susu kalau dulu dapat la 5oz paling banyak, dapat la 10oz. dan perasan susu jadi pekat berlemak. Badan pun kalau outstation takde la penat sangat. Stress pun kurang. Jerawat pun tiada. Bestkan.. All in 1 set vitamin. Terus jatuh cinta.

Bukan setakat anak dapat, mak pun dapat. malah husband pun dapat manfaatnya.. hihi

Sekarang ni my feveret supplemet shaklee basic utk milk booster, kesihatan dalam & luaran adalah ini


Ada apa dalam set menyusu shaklee? Boleh baca entry ni : Set menyusu Shaklee

Apapun milk booster yang kita ambik itu salah satu ikhtiar, usaha kita. Tak perlu la perlekeh orang yang ambil apa2 utk milk booster. yang tak ambik pun tak salah. itu hak masing-masing. Tiada yang betul tiada yang salah.

Yang salah kalau konsep asa penyusuan tidak dipraktiskan.. Kalau itu tak buat, suppliment datang dari langit pun tak dapat nak membantu.

Entry terdahulu pasal konsep penyusuan dan ada doa untuk ibu menyusu

Good luck kepada semua ibu ibu yang berusaha untuk menyusukan anak mereka.Semoga perjalanan anda dipermudahkan. Amin!!

4 Replies to “Milk booster saya”

  1. Assalamua'laikum, sy nak tanya pasal milkbooster..
    sy rasa sy tak boleh consume dairy product mesti tumbuh jerawat. Lagi lagi dekat dahi. Sy tgh mencarik milkbooster yg takda dairy atau coklat. Tak tawulah kalau sy mmg sensitif dgn makanan tu. Sy boleh je makan tapi tak boleh hari hari sbb nanti bisul pon kenkadang tumbuh..hehe malu pulak cerita..
    Nak tnya pendpt awak..Sy ada jumpa Pump It. Nih milkbooster guna teknik sapuan. Dia ekstrak herba. essential oil kot.. Tpi belum pernah cuba. Penah dgr tak? Sy ada baca details sikit kt fb .dia mcm kena sapu kat area breast..

    1. mula2 kena faham & tahu bagaimana susu dihasilkan? dan kena faham jgk bagaimana dengan sapu sapu sahaja susu jadi banyak? susu ni akan banyak bila ada demand. milkbooster tu makanan. apa sahaja makanan boleh jadi milkbooster.

      susu akan banyak bila kita hepi, tak stress. kalau suka makan nasi lemak buatkan kita hepi jadi makan la nasi lemak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge