minyak naik lagi!!!!!!!!!!

Ya Allah!!!! Tabahkan la hati kami dalam menghadapi dugaanMU..

from utusan,

Harga RON 97 naik 10 sen lagi

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok.
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.
Menurutnya, ketika ini harga pasaran minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong.
“Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.
“Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.
Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter.
Asik naik je..ni nak marah ni..saya marah nie!!!!!
Lepas ni confirm sume barang naik. yang terbaru kes minyak masak takde pulak. poning kepalo den..Gaji nak naik pun susah.kalo naik alahai seciput je,.ni kang parking kt opis dr rm7 naik pulak,makan kt opis sekali makan 10hinggit.kayo mokcik ye. patut la rasa duit tu keluar mcm air je.
Berusaha berusaha buat biz elok2..supaya nanti takde pening kepala nak pk barang naik. Aminnn!! 
Go! ainul !!!! 
* maaf kerana terpaksa mendgr luahan perasaan mama arreessa ni 🙂

2 thoughts on “minyak naik lagi!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge