Movie Beauty And The Beast

Movie Beauty And The Beast
Movie penuh kontroversi. Belum ditayangkan macam macam cerita yang viral. Akhirnya Malaysia tayangkan juga. Bila dah jadi tayang tu teruja la nak tengok apa yang kontroversi sangat. Beauty And The Beast princess yang paling Ainul suka dari kecil. Kenapa? Sebab Belle tu suka baca buku, bijak. Tak macam princess lain asal cantik je. hihihii

Bila ada anak perempuan ni lagi la teruja nak tengok kan. Arreessa la terutama nya. Asyik tanya bila nak pergi tengok. Memang berdebar sangat nak bawa dia p tengok. Bila tanya di facebook ada yang cakap ok , ada yang cakap tak ok. Yelah ianya subjektif . Bergantung apa yang kita terjemahkan

Selasa lepas mami Shaklee saya ajak pergi tengok Movie Beauty & The Beast. Laju je setuju.hihihi. Diaorang pun nak celebrate birthday Icha. Ramai ramai mesti la best kan tengok wayang.

Port tengok wayang orang Shah Alam tak lain tak bukan di MBO Space U8 la. senang parking dan tak ramai orang. Weekdays pulak tu. Apapun TQ mami dedi belanja kami sekeluarga tengok wayang, makan popcorn lagi..

Jadi apa kesimpulan cerita Movie Beauty And The Beast ni? Kontroversi sangat ke?



1. Isu Gay 

scene ni scene menari menyanyi. dan sebenarnya kalau takde isu viral tak perasan pun gay ke apa. sebab ada juga perempuan menyanyi. Mungkin penyanyi tu macam lelaki lembut nak goda lelaki. Takde la nampak lembut macam sotong sangat. Entah la tak tau mana tang gay nya.



2. Isu lelaki pakai dress

Ada 1 scene 3 lelaki dipakaikan gaun. Sekejap je dan cerita melayu pun banyak je kan lelaki jadi perempuan. lagi over menyampah..Apsal tak kena ban?



3. Beast tu syaitan, dajal


Dajal mata nya 1. Beast tu mata dua cuma ada tanduk yang kecoh kata macam syaitan. Subliminal mesej. no komen la pasal ni. sebab kita sendiri yang terjemahkan apa yang kita nampak.

Apa yang Ainul cakap kat Arreessa selepas tengok cite ni,

Beast tu muka hodoh, muka jahat, muka binatang tapi hatinya baik. Macam tu juga kita manusia. Jangan tengok pada rupa sahaja. Kena tengok hati dia. Sebab tu ALLAH menjanjikan syurga berdasarkan amal ibadat, hati yang bersih suci bukan kerana muka hensem cantik

dan ada benda penting jua.. peringatan untuk saya jugak

terkesan sgt dgn satu mesej yang dibawa : “MASA KITA TAK LAMA”... macam yang duduk dalam istana Beast tu, masa diorang bergantung pada kuntuman bunga ros yang gugur tu. sama macam kita, bergantung pada gugurnya daun pokok hayat di arasy… 

untungnya mereka nampak ros tu gugur, kita tak nampak, tapi ia tetap akan gugur jugak, coz Allah dah janji, setiap jiwa pasti merasai mati….

then, nak tunggu sampai bila lagi???

Peluang setiap hari kita bernafas jadi gunakan la sebaiknya. Jangan tunggu.. tunggu.. tunggu.. last apapun kita tak buat di dunia ni.

Ini sekadar pendapat saya selepas tengok movie ni. Jadi bergantung la pada korang semua apa yang korang nak terjemah lepas tengok movie ni.

Movie ni keseluruhan best, tak sedar tengok tengok dah nak habis. Musical movie. nyanyi je. Kalau tanya saya sesuai ke bawa anak anak?

Sesuai kalau anak dah faham. Macam Arreessa 7 tahun dia faham, exited nak tengok. Macam Maryam time nyanyi menari kita suka. Nampak beast takut sikit. tapi happy je. separuh cerita tido dah..

selamat menonton

5 thoughts on “Movie Beauty And The Beast

  1. itu la pasal. tak cakap secara jelas pun yang lefou tu gay. dia cuma lembut. even upin ipin pun ada watak lembut. lepas tu ni kan filem budak2. takkan diorg nak buat scene teruk2. hhmm.

  2. aida x nampak langsung isu gay tu.
    hmmmm bila kita fikir negatif, akan negatif la kot kan?
    aida suka. anak2 dara aida faham citer ni. sebab biasa tgk kartun nyer.
    best. aida sgt suka 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge