My Bff wedding : Nadia & Arsany

28 December 2013, salah sorang my bff menamatkan zaman bujang. Tahniah Nadia & husband. Alhamdulilah sihat hari tu dapat la ke majlis akad nikah dia. Sebelum tu memang flat je.Terbaring je kat rumah.Memang berharap sangat dapat ke wedding dia.Yelah kawan baik kawen, dekat KL je pun.Ralat kalau tak pergi. Arreessa hari tu mood baik.

Majlis akad nikah di rumah Nadia kat Seputeh bermula jam 11.30pagi. Nadia sangat cantik hari tu.Dia memang comel pun. Tapi bila make up nampak lain.

Gambar dari jauh untuk pengantin kita masa akad nikah… orang lain yang kahwin , ainul pulak yang nebes. 
Kami dan pengantin. Baju pun recycle je baju opis. Pregnant kali ni memang takde mood nak keluar shopping. 
Makanan di majlis hari tu memang sedap. Ainul tambah 2 kali tau.hahaha.. tengok la badan makin membolatt
Sempat snap kuih muih je. Ni pun semua sedap. 
29hb majlis resepsi di Taman Rimba Kiara, TTDI. 1 st sebenarnya ke majlis perkahwinan ala-ala garden. Alhamdulillah cuaca yang baik hari tu membuatkan majlis pun berjalan lancar
Simple but sweet majlis hari tu. Tidak terlalu padat dengan pelbagai hiasan dan selesa buat kanak-kanak macam Arreessa nak berlari ke sana sini
Baju nadia pun sweet macam tuannyer. Pelamin paling ainul suka. Lain dari yang lain. Ala-ala rimba jugak.hehe.. 
Sepanjang laluan ke pelamin ada botol comel ni. Arreessa cukup berkenan. Risau je dia buat jatuh pecah.
Sempat curi curi bergambar kat tepi pelamin…tengok Arreessa , dia paling suka sekali
Kami the geng…. tapi sorang takde.datang lambat
Baju yang pakai hari tu recycle jugak. Cuti Chinese New year dah dekat dan banyak wedding kawan-kawan, sedara mara lepas ni. Baju semua dah tak buat. Tang perut la paling ketara tak muat. Perut membesar dengan jayanya.
Zaman sekarang semua dihujung jari kan… Jadi membeli baju pun dihujung jari.
Siapa tak kenal Zalora ?? Harus la tahu kan.website popular di Malaysia. Yang best sebab kalau design baju kurung or baju yang sesuai untuk majlis perkahwinan adalah design dari fesyen designer terkenal di Malaysia. Harga pun berpatutan untuk hasil rekaan pereka fesyen. Kalau nak ke butik mereka ambil masa pulak.Ini dah siap klik order, bayar dan sampai. 

Teringat bos kat opis beli baju raya kat zalora. Dia pakai masa jamuan raya department. Serius sangat cantik. Dia beli yang ini. Tapi tak sesuai utk mak buyong macam saya je.confirm ketat kat perut.hehe

Fesyen ala ala peplum ni cantik jugak. Peplum selalu besar kat bawah pinggang. jadi sesuai la untuk ibu pregnant kan.. Harga pun murah. Rekaan Jovian dapat harga bawah RM500..berbaloi sangat tu.

Kredit to Zalora

Yang berminat nak beli baju untuk wedding tu boleh la jenguk jenguk cuci mata ke sini Pakaian Tradisional Zalora

Boleh ikut price, brand kesukaan kita. jadi pilih la harga ikut kemampuan dan design yang disukai.

Tak sabar nak shopping baju untuk wedding kawan, sedara mara february ni.

3 Replies to “My Bff wedding : Nadia & Arsany”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge