my sister’s wedding 9/7/2011

Congratulation to my sister ecah & hazwan..Happy  newlywed..

9/7/2011 yang lepas my sister dah selamat jadi isteri kepada incik Hazwan Zharif.. Syukur walaupun terpaksa menempuh perbagai halangan & dugaan nak balik kawen kan..selamat jua “)

Al-kisahnya sepatutnya my sister & her fiance( husband ler skrg) balik ke Malaysia seminggu sebelum wedding.Boleh tak dugaan ALLAH pada mereka , dah kat airport Russis dan dah nak masuk flight tetiba yang si Hazwan tu perasan yang passport dia hilang.. HILANG??? yup hilang sekelip mata.sebelum tu ada je.entah kenapa sekip mata hilang dr genggaman..MasyaALLAH..so terpaksa la my sister balik sorang ke Malaysia. Yang si hazwan tu terpaksa la cancel flight & balik ke embassy kat sana untuk buat police report, passport sementara & visa.

Susah hati la mak si hazwan.Dah la anak bongsu.selma dah 5 tahun dok sana & tiap-tiap tahun balik malaysia, travel p sana sini ok je.Hilang time nak balik kawen pulak..

Family ainul pun risau jugak.Yelah la jemputan sume dah panggil.Berdoa je la yang si pengantin lelaki selamat sampai sebelum Hari sabtu..

Hari Rabu ni, kami call mak si Hazwan. Baru settle passport & visa. Tiket flight belum dapat lagi. Jauh tu nak fly dr russia ke M’sia.

Alhamdulillah hari jumaat pagi Hazwan selamat samapi ke Malaysia. Sampai je KLIA terus ke perlis pulak. Penat beb tapi kawen punya pasal.hehehehe

Hari Sabtu ..hari yang ditunggu-tunggu.Akad nikad dijadualkan pagi.sepatutnya pukul 9pagi akad nikahnyer.sekali tok kadi datang lambat la pulak..ishhh macam-macam..

Akhirnya selamat sudah.lega hati semua orang…DUGAANNNNNN!!!

si kecik itu…

Gambar masa akad nikah 
Majlis berjalan lancar.Jiran-jiran banyak membantu kami. Dah ada anak ni susah la sikit nak ke hulur hilir.Nasib baik time tu Arreessa tido lena.berjam-jam..sampai ainul pulak susah hati kenapa dia tido lama sangat.Kangar sangat la panas.tido dalam aircorn harus la layannnn..
Makanan pun sedap.ada cendol, laksa, teh tarik..pehhhh nafsu makan pun laju je la..

 Arreessa dh tukar baju..panas!!
 Anak-anak perempuan cikgu Mustafa….Dimana saya???
 aksi sengal ainul & aini ( adik)
uolss layan je la ye “)
Aini & ainil…still available “)
my king & queen of my heart “)
 kami Adik beradik..tak cukup korum algi..6org missing in action “(
So far sangat puas hati la wedding ni.bab cake & cupcakes yang ainul order mendapat pujian ramai.lega!! 1st time buat wedding kat tempat orang kan.boleh jadi wedding planner la lepas ni..hahaha perasan “)
Ainal & Hazwan ( both coming soon Doctors )
Semoga kalian berbahagia hingga ke syurga “)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge