Nasi Beriyani Kambing Sedap Di Shah Alam

 Siapa peminat nasi beriyani kambing? Ainul la salah seorang peminat beriyani ni. Lagi lagi beriyani kambing.  Kebanyakan kedai hanya jual nasi beriyani kambing sahaja. Kambing golek takde. Nak dapat kambing golek kena tunggu kenduri aqiqah anak kawan. Kadang kadang time mengidam tu nak dapat kambing golek kemain susah.
Kalau korang ke Anggerik Mall, Korang wajib ke Cafe Cerita Kambing di tingkat 1 area food court. Kenapa? Di Cafe Cerita Kambing ini bukan sahaja menyediakan nasi beriyani kambing sedap tetapi ada jugak set kambing golek. Tak perlu dah nak tunggu kenduri aqiqah je. Bila bila masa boleh datang makan
Apa yang SPECIAL di Cafe Cerita Kambing ni

Nasi Beriyani Kambing Masala

Kambing Masala yang SUPERBB sedap. nak bagi 5 bintang. 2 kali akak tambah uolss. nak tambah lagi segan.hihihiii
Tak pedas sangat sampai Arreessa pun suka. Daging kambing tak berbau dan sangat lembut. wajib cuba tau
Harga 1 set Nasi Beryani kambing Masalah RM12

Kambing Golek

1 set yang lengkap harga dalam RM14. yang ni Ainul ambil kambing je. Daging lembut, tak berbau dan kuah sos lada hitam sedap.
Menurut Chef Zakaria owner Cafe Cerita Kambing ni, setiap hari kambing akan di golek. Chef hanya gunakan kambing biri biri yang berumur setahun je. kalau lebih setahun daging dia liat.

Laksa Johor

Kat Shah Alam susah nak dapat laksa johor sedap. yang ni sedap. habis licin Ainul makan. Memang feberet la laksa johor ni. 1 pinggan harga RM5 je tau.  Kuah pekat, cukup rasa. resepi istimewa dari Chef Zakaria.
Rezeki hari tu dapat buah tangan laksa johor untuk di bawa balik. Bagi mak Ainul makan. Dia hantu laksa johor. Dia pun cakap sedap.
Next time kena bawa mak makan kat cafe ni pulak..
Ainul bersama Chef Zakaria bersama isterinya Puan Aziah . Terima kasih atas makanan yang sedap dan layanan yang baik untuk saya sekeluarga.
Kepada peminat kambing Golek, Nasi beryani kambing, Laksa Johor, sila kunjungi
Cafe Cerita Kambing 
Lot 1-12,Tingkat 1,Anggerik Mall,Shah Alam.
Sila Hubungi
Pn Yan/kak Nor Aziah 019-281 6308

One Reply to “Nasi Beriyani Kambing Sedap Di Shah Alam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge