Open Day Real Kids Shah Alam

Misi mencari preschool untuk Maryam lagi. Kebetulan ternampak Open Day Real Kids di Seksyen 8 Shah Alam.  Walaupun rajin makan dekat Soto, Zai tu tapi tak pernah masuk real kids ni. Bila ada open day oklah boleh la tanya tanya kot sesuai dengan Maryam . kalau korang plan nak hantar ke Brainy Bunch boleh baca pasal yuran Brainy Bunch 2018 ni. So boleh la plan mana yang sesuai kan
 

besar Real Kids ni. bangunan yang besar. Masuk je kawasan ni..Cantik dekorasi dan kami disambut oleh teachers kat sini. Teachers pun ada pelbagai kaum. bestkan.Maryam masih malu malu nak berkawan. Ada aktiviti disediakan untuk anak anak hari tu. Arreessa paling suka la. Tapi zaman tadika dia dah lepas ..hihi

 

 

 

Teacher kat Real Kids nak ajak Maryam main pun dia taknak. Adoi macammana nak p school ni Maryam. Tak pernah duduk dengan orang lain. Tak pernah duduk nursery, pengasuh. dengan mama je. Mesti sedikit mencabar nak hantar dia ke school tahun depan. Cikgu cikgu di preschool selalu dah terlatih dengan situasi ni kan.

 

Berapa Yuran Real Kids ni?

Pre-ursery tu untuk yang 3 tahun. Preschool untuk 4-6 tahun. Bagus sekolah ni sebab mix kaum. bagus untuk anak anak bergaul dengan kaum lagi. Ada kelas english, mandarin, swimming. Semua complete dengan yuran ni. Tak perlu nak fikir kena tambah itu ini pulak.

Yuran real Kids ni mungkin tak sama disetiap cawangan ye. So kena la p sana tanya.

Ainul macam tak jadi hantar ke sini sebab ianya ada 1 sesi je. Ainul plan nak hantar Maryam sesi petang. Sebab Arreessa sekolah petang kan. Sekali jalan je proses penghantaran anak anak ke sekolah. Kalau sorang peagi, sorang petang.. adoii pening mak

Siapa pernah hantar anak ke Real Kids ok tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge