Open House Bertukar Menjadi kenduri

Raya lagi kannn.. hihihi. Nak cerita al kisah kami adik beradik buat open house yang akhirnya bertukar menjadi kenduri. Hah!! apakah ituew?

Cite nyer gini… adik ainul beru je beli rumah dekat area Shah Alam ni. Mak ayah pun duduk sekali la dengan dia. Kami adik beradik 7 orang. 6 orang duduk area lembah Klang. sorang je tercampak ek Lahad Datu uolss.  jadi mak ayah bila pencen memang banyak duduk Shah Alam. Kadang kadang je baru balik kampung kat Perak.

Rumah baru ni pulak, beberapa hari sebelum puasa kami masuk. jadi tak sempat nak kenal beramah mesra dengan jiran tetangga. Mula mula plan nak buat housewarming tapi dah musim raya alang alang tu buat open house sekali. dan kami 7 orang adik beradik share buat.

1st time tau nak buat open house. rancang itu ini semua. setiap orang diberikan tugas masing masing. memang tak melibatkan mak ayah langsung. saja nak merasa kami adik beradik urus sendiri

terima kasih yang datang… tak sangka ramai giler yang datang sampai makanan HABIS !!! korang bayangkan la kawan kawan 7 orang adik beradik, campur lagi dengan jiran, sedara mara.

serius jam rumah masa ni. memang tak sempat nak borak lama dengan semua orang.

Tak sangka Full House dan macam kenduri pula. Nasi Tomato, Soto, roti jala dan lauk catering habis jam 2.30petang.

Bertungkus-lumus kami adik-beradik masak apa yang ada standby di dapur:

3 round masak Spagetti dari pagi, 2 bungkus besar bihun goreng yang habis dalam 5 minit

Sambung pula Mee Goreng Mamak dan roti canai.

Maaf jika ada yang tak sempat nak berbual lama. Atau makan pun tak kenyang.

mana yang tak sempat dijemput maaf sangat sangat tau. budget tak banyak lagipun buat kat rumah parents dan share dengan adik beradik. Jemput datang rumah Ainul dekat Shah Alam dulu. kabo dulu kalau nak mai. kalau tak hangpa minum air kosong je la..

selamat hari raya !!

One Reply to “Open House Bertukar Menjadi kenduri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge