Pakej Katering Felda D Saji Serendah RM9.90 Di Kajang Perdana Avenue

Pakej Katering Felda D Saji Serendah RM9.90 Di Kajang Perdana Avenue
Sebut pasal majlis perkahwinan, makanan antara benda paling penting yang kena diutamakan. Bagi Ainul makanan harus sedap sebab orang datang pun nak makan kan. Makanan kalau sedap di sesuatu majlis mesti orang akan sebut, ingat selalu. Jarang orang ingat pelamin kat kenduri si A cantik. Ainul sendiri pun kalau majlis tu makanan dia sedap punya la bertahun tahun pun still ingat.
Zaman sekarang nak dapat katering yang pakej nya murah dan sedap agak susah. Kenaikkan harga barang sekarang mana la nak cari katering yang menawarkan harga bawah RM10 kan.
Kini di Kajang Perdana Avenue, Katering Felda D Saji menawarkan Pakej Katering serendah RM9.90 tau !!!  Murah kan. Mana nak dapat dan ianya dibawah Katering Felda D Saji. Siapa yang tak kenal? Femes kot Katering ni.
Menarik juga di Kajang Perdana Avenue , mereka juga menyediakan tempat untuk majlis perkahwinan dan ianya lengkap di bawah 1 bumbung.
Dewan serbaguna ini mempunyai kapasiti sebanyak 700 orang pada satu masa. Ia terdiri dari sebuah dewan berhawa dingin yang boleh memuatkan 200 orang, manakala dua ruang terbuka juga memuatkan seramai 500 orang. Selain itu, disini jugak dilengkapi dengan bilik persalinan, bilik menunggu VIP serta tandas dan bilik solat untuk kegunaan tetamu.
Ruang terbuka yang sesuai untuk makan secara buffet. Kawasan yang luas jadi amat mudah, selesa untuk ambil makanan.
Nampak tak Ainul dan anak anak bersungguh sungguh makan. Makanan serius sangat sedap..
Antara makanan petang itu oleh Katering Felda Dsaji. Mee goreng sedap yang dimasak panas panas. Bau dia masak pun dah teruja. terus benda pertama Ainul ambil. hihii
Ada satay ayam daging , ketupat, lemang dan rendang.
Paling Ainul suka dan 10 kali makan.. over pulak 10 kali.hahahhaaa.. tapi serius banyak kali uolss Ainul makan. 6 keping kot. huhuhuuuu. habis diet aku
ini dia.. Apam Balik. Sedap sangat. Rangup dan cukup rasa. Teringat teringat sampai sekarang. Nasib tak mengandung. kalau tak jenuh nak kena ke Kajang mencari.
Antara booth paling ramai orang beratur adalah cendol Songkok Tinggi. Sedap !!
Terima Kasih Team Projek Travel kerana sudi menjemput Ainul.
Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi detail dibawah :
KAJANG PERDANA AVENUE
Lot PT 15788,
Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000 Kajang, Selangor
Telefon :
03-8881 1311
013-386 0453 (Nor Syaiful Nazlan)
019-295 6232 (Nurul Nadia)
Webpage : Felda D’Saji
Facebook : Felda D’Saji

3 thoughts on “Pakej Katering Felda D Saji Serendah RM9.90 Di Kajang Perdana Avenue

  1. Salam
    Ada ambil catering majlis akikah?
    Saya ingin tahu harga 1 ekor kambing akikah
    Siap masak
    Sekiranya ada pakej untuk majlis akikah harap berikan

    1. wsalam Puan kena direct tanya d saji ye. saya review tempat ini sahaja. boleh contact
      Telefon :
      03-8881 1311
      013-386 0453 (Nor Syaiful Nazlan)
      019-295 6232 (Nurul Nadia)

      Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge