Pemakanan Pesakit Diabetes Semasa Berpuasa

Pemakanan Pesakit Diabetes Semasa Berpuasa

Pada bulan Ramadhan, ramai pesakit diabetes mengakui berhadapan dengan cabaran yang sangat besar. Namun, diabetes bukanlah alasan untuk tidak berpuasa. Dengan pengurusan yang baik, puasa boleh dilaksanakan dengan sempurna.

Diabetes seperti yang diketahui ialah masalah kadar gula berlebihan dalam darah yang disebabkan gangguan hormon insulin sama ada secara kuantiti atau kualiti.

Langkah yang perlu diambil pesakit diabetes ketika berpuasa :

* Diet – Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam terutama makanan mengandungi karbohidrat dan berlemak. Ini kerana makanan itu boleh menambahkan berat badan dan menyukarkan kawalan diabetes.

* Senaman – Melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak menimbulkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat mengikut nasihat doktor bagi mengelak hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

* Ubat – Dapatkan nasihat doktor mengenai pengubahsuaian dos dan pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos yang diambil pada sebelah pagi ditukar kepada waktu berbuka manakala dos yang diambil sebelum makan malam diambil sebelum bersahur. Pengambilan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.

* Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut –

i) 3 kali suntikan insulin : 2 dos insulin yang bertindak segera (short acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.

ii) 2 kali suntikan insulin : satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberikan pada waktu pagi pada hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diambil sebelum bersahur.

Pada permulaan Ramadhan, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu berikut – sebelum sahur, antara 2 hingga 4 jam selepas sahur, sebelum berbuka puasa dan antara 2 hingga 4 jam selepas itu.

Sekiranya tahap gula dalam darah pesakit terlalu tinggi, mereka perlu menjalani ujian ketone air kencing atau darah. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis dan pesakit pula perlu berbuka puasa segera.

Awasi juga berat badan sepanjang Ramadhan. Pertambahan lebih 2 kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapati berkurangan sebanyak 3%, pesakit mesti segera berbuka puasa bagi mengelak kemungkinan berlaku dehidrasi yang serius. Banyakkan minum air tetapi elakkan air yang manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan minum air.

Berpuasa adalah selamat bagi pesakit diabetes. Sila dapatkan nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik sebelum berpuasa.

Tip semasa berpuasa :

1.Bersahur pada hujung waktu sahur dan berbuka pada awal waktu buka.

2.Pastikan pengambilan makanan yang seimbang yang merangkumi semua kumpulan makanan. Ambil jumlah karbohidrat yang cukup semasa sahur sebagai bekalan semasa berpuasa.

3.Elakkan pengambilan makanan tinggi gula semasa berbuka puasa.

4.Ambil snek waktu minum malam (selepas tarawih).

5.Pengambilan cecair perlu mencukupi. Minum sehingga 8 gelas air kosong sehari.

6.Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol atau lemak semasa berbuka puasa atau sahur.

7.Hadkan pengambilan makanan tinggi garam untuk mengurangkan risiko dehidrasi.

Amalkan mengambil ubat atau insulin mengikut arahan doktor. Pengambilan ubat dan insulin berbeza semasa berpuasa.

Waktu makan
(tidak berpuasa)
Waktu makan
(berpuasa)
Contoh Menu
Sarapan pagi
Berbuka puasa (7:30
malam)
1 biji buah epal / 2
biji kurma
+ 1 keping kuih tanpa gula
+ 1 gelas susu (utamakan susu rendah lemak / susu skim)
Makan tengah hari
Selepas solat
maghrib
(8:00 malam)
1 ½ cawan nasi / mi
/ mihun
+ 1 ketul ayam / ikan
+ 1 cawan sayur berdaun hijau
+ 1 biji buah limau
+ Air kosong
Minum petang
Selepas tarawih
/minum malam
(10:30 malam)
1 keping kuih tanpa
gula / 3 keping biskut krim kraker /
1 keping roti
+ 1 gelas susu (susu rendah lemak / susu skim)
Makan malam
Sahur  (5:00
pagi)
1 ½ cawan nasi / mi
/ mihun
+ 1 ketul ayam / ikan
+ 1 cawan sayur berdaun hijau
+ 1 potong betik
+ Air kosong

Selamat Berpuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge