Pendaftaran & Orientasi darjah 1

Pendaftaran & Orientasi darjah 1
Dah besar anak mama sorang ni. 1st time merasa kelam kabut feeling mak mak cari beli baju kasut peralatan sekolah anak. Belaja anak nak masuk darjah 1 ni boleh tahan jugak kan. Mahal ke murah janji barang tu ada kualiti. Mahal sikit tapi boleh pakai lama lagi berbaloi kan

Arreessa sekolah mana?

Ainul hantar sekolah kebangsaan dekat dengan rumah. senang nak hantar ambil. kenapa tak hantar integrasi? Sebab nak masuk ada exam. hihihhii terus Ainul reject. Boleh tak gitu. huhu. Sampai teacher LC tanya kenapa tak hantar p exam. Ainul dengan husband memang taknak. Belum apa apa dah ada diskriminasi pada anak anak. Masing masing punya selera la ye.


Orientasi dan Pendaftaran Darjah 1

Alhamdulillah dah selesai bab orientasi dan pendaftaran sekolah Arreessa. Masa orientasi ni terus ada exam untuk tentukan kelas. Ainul memang tak push Arressa. Ainul cakap kat dia ” kalau tak tahu jawab tinggal kan je” hahahaha mak pesen apa ni. 
Entah la Ainul dengan husband takmau dia pressure. baru darjah 1 dah kena hadap exam. Jadi as parents tak mahu pressure dia. Lagipun untuk tentukan kelas sahaja. Kelas hujung sekali pun tak bermakna akan gagal dalam hidup. jauh lagi perjalanan hidup kamu Arreessa. Proses pembelajaran itu pengalaman paling penting. Bukan berapa banyak A yang kamu dapat. Kalau banyak A tapi sebab hafal baik tak payah. Biar sebab faham dan berfikir luar kotak.
Semangat pakai baju sekolah baru.nasib baik kejut pagi tu senang bangun. Asyik tanya ” nanti ada kawan kawan tak ? ” risau bebenor takde kawan.
Sampai je di sekolah belum sempat parking dia ternampak kawan kawan LC dia dulu. Mula la excited. Udah tak sabo dah p sekolah

Dah besar anak Mama. Blog ini masih wujud pun kerana dia. Kisah dari pregnantkan dia, bersalinkan dia, menyusukan dia. dah nak masuk 7 tahun rupanya dok bebel merepek dalam blog. huhuhu

Muka hepi beratur nak masuk exam. Muka hepi sebab mama babah tak pressure bab exam kot. 
Arreessa dengan kawan baik dari 4 tahun di Little Caliph. Darjah 1 pun 1 sekolah. Entah entah 1 kelas nanti. Takpa janji dia dah ada kawan. nampak hepi jumpa kawan kawan dia. Majoriti kawan kawan LC dia sekolah sini. 
Habis je exam Ainul tanya.. ” Tadi macammana kakak ” .. nak tahu dia jawab apa? 
” Ala senang je mama ” 
hihihihi.. senang tu boleh jawab atau tinggal kan je. mama jugak suruh tadi kan. Takpa lah kakak .. enjoy p sekolah. Belajar berkawan, hormat cikgu. itu lagi penting

Baju, kasut sekolah beli di mana?

Baju, kasut Arreessa, Ainul beli dia Aeon Mall je. Baju sekolah Arreessa jenama Binbi. dan kasut jenama Kikilala. Kasut sekolah tau bukan kasut baby. Ainul pun baru tau ada jenama kikilala kasut sekolah. Mulanya nak beli Pallas. Arreessa tak mau. Dia cakap ” kasut ni macam boy la ” semua kena ikut taste dia. 
Kenapa jenama Binbi. Sebab masa tu Canggih takde discount. Kena p cari kat tempat lain kalau nak brand Canggih ni. Tapi Mak Ainul cakap Canggih tak berapa elok. Baju cepat jadi warna kuning. Sebab Ainul dulu pakai brand tu jugak. 
Dekat Aeon ada banyak lagi brand. Cuma brand lain agak besar untuk Arreessa. Saiz paling kecik pun still besar. Kalau besar sikit tak pe ni banyak pulak. Takut dia tak selesa. Alhamdulillah jenama Binbi ni oklah la untuk saiz Arreessa. 
Total perbelanjaan hari tu untuk baju 2 pasang, kasut sepasang, stokin, tudung 2 pasang, serkup dalam RM200. 
Cukup ke 2 pasang ni? haruslah tak cukup. Memang plan nak beli lagi 2 pasang baju dan sepasang lagi kasut. Kita cuba brand lain pulak. Nanti Ainul update ye
bag sekolah pun belum beli. memang plan beli lambat sikit. sebab kalau dah beli memang cepat la rosak. Sibuk nak bawa ke sana sini. Nanti belum buka sekolah bag dah Innalillah. Jadi dekat nak buka sekolah baru beli. 
4 pasang baju sekolah cukup ke ye? harap cukup la. Mak nye kena rajin la membasuh.huhuu
Korang beli baju kasut sekolah anak di mana? 

2 thoughts on “Pendaftaran & Orientasi darjah 1

  1. Kita beli baju sekolah kat Ipoh…haaa jauh woo..waktu raya ari tu. Beg sekolah pun dah beli awal, tapi lepas pergi orientasi hari tu baru perasan apa kriteria yang patut tengok sebelum beli beg sekolah. Maka terhasillah suatu entri hari ni tentang kriteria pemilihan beg sekolah.

    Selamat bersekolah Ariessa! Apa yang penting bukan banyak mana A, tapi kefahaman dan survival in the real world nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge