Pengalaman Berpantang Sendiri

Terbaru ni terbaca kisah ibu yang meninggal dunia dengan 2 orang anak kecil di rumah. Masa tu tengah pantang 48hari. Adoii lebih kurang Ainul je pantang tu. Berdebar weiii…

Ainul sebenarnya dah 2 kali berpantang sendiri sejak bersalinkan Maryam. Masa bersalinkan Maryam 2 minggu mak jaga. Masa tu ayah baru je buat bypass. jadi kena jaga betul betul. mak kena angkat mandikan ayah, uruskan ayah dari A to Z. Rasa kesian kat mak sebab nak jaga kita lagi, ayah lagi. Bersyukur dapat bersalin normal dan luka memang banyak sebab vacuum tapi Alhamdulillah 3 hari luka dah sembuh. Jadi lepas 2 minggu tu minta izin mak , suami untuk balik rumah pantang sendiri. Mak mulanya tak bagi. Biasa la mak kan. risau macam macam. Kita sebenarnya taknak menambah beban dia. Dia pun dah penat sangat.

Bila yakinkan dia luka dah ok, badan pun dah sikit sikit so dia izinkan. Nasib baik rumah mak dengan rumah ainul dekat je. Pusing pusing Shah Alam je. Sebelum balik penuh la amanat dia. hihi

2 minggu sebelum balik rumah pantang sendiri, Ainul pastikan


1. badan dah rasa cukup kuat.

 kita sendiri tahukan luka, badan kita dah ok ke belum. Jangan paksa ok. Sebab baby dalam pantang malam malam boleh jauh kembung perut, meragam. kalau kita badan masih lemah baik minta mak jagakan. Suami biasa la kadang kala tak tahu lagi lagi anak 1st. ni anak ke 2 pun sebab jarak jauh, semua benda dah lupa.


2. Settle mengurut

Pastikan sesi mengurut dah settle. Jadi badan kita akan cergas, sedap sikit. Yelah bila urat urat masih bersimpul, rasa tak sedap. rahim pun masih lemah lagi.

3. Makan vitamin atau jamu

wajib ni tau. Ainul makan vitamin sebab anak kuning. Jadi vitamin tak ganggu jaundice anak. malah cepat kuning anak turun.

Perlu ingat ye, kita dalam pantang kena jaga betul betul dalaman. Selain pantang makan, makan vitamin untuk bantu cepatkan proses. bagi badan cukup nutrisi. Baru la kita tak senang terlalu penat, tekanan darah naik walaupun pantang sendiri

4. Bengkung & Stokin

Jangan ingat pantang sendiri boleh ngelat benda ni ek. Ainul still bertungku walaupun pantang sendiri. Stokin tetap pakai walaupun dah habis 44 hari. Ainul tahu pantang sendiri tak ketat sangat pantangnya jadi kena tambah tempoh pantang tu.

5. Me time

4 bulan ke atas, Ainul selalu akan ke Spa setiap bulan untuk mengurut. Manjakan diri. Tak setiap bulan, atleast 3bulan sekali ke. relaxkan badan, betulkan urat urat yang terkehel. Badan nak guna lama kan. Kita selalu time pantang je nak jaga betul betul. Lepas tu langgar segalanya. ishhh ishhh

6. Jaga makan

Dah habis pantang 44hari pun Ainul still pantang bab makan benda sejuk macam sayur sejuk, kacang, laksa, teh. Mana yang kita rasa kalau makan ni badan kita jadi tak best, sengal, angin. Pantang dulu 60hari, 100hari dulu. kemudian sikit sikit try makan. ni p berapa umah orang pun minum air suam je uolss..huhuhuu takpa bagus untuk kesihatan. tak pantang pun kena minum air masak banyak kann.hihi
Apapun bila pantang sendiri jangan degil semua benda nak buat. basuh baju, sidai baju, basuh pinggang suami boleh buatkan. Masak pun suami boleh buat . So takde masalah nak pantang sendiri. Cuma jangan ngelat bab benda yang wajib kita buat. tak wajib tapi kalau buat lebih bagus.

sentiasa tahu, rasa perubahan diri. kalau rasa pening, demam ke or apa apa yang pelik cepat cepat ke hospital. Jangan tunggu. termasuk luka bersalin bernanah, terbuka ke. Jangan rasa diri kuat sangat.

Sedikit perkongsian pengalaman yang baru 2 kali  berpantang sendiri. Semoga dapat bantu kawan kawan yang bercadang nak pantang sendiri tu. good luck.

4 Replies to “Pengalaman Berpantang Sendiri”

  1. Salam perkenalan.
    perkhidmatan urut ibu bersalin normal/czer.
    sila hubungi
    Nur 013-2096836
    Nur 013-2096836
    Nur 013-2096836
    (*perkhidmatan kerumah pelanggan*)
    Area sentul ,setapak dan seluruh kawasan kuala lumpur area gombak dan area selangor yg berdekatan k.l

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge