Pengalaman duduk serumah dengan mertua

Semalam baca blog Hannah Johary.Entry pasal hubungan menantu dan mertua.selalunya banyak cerita pasal ibu mertua dan menantu perempuan.Macammana pulak kalau duduk 1 bumbung.ehmmm mesti kecohkan.ye ke?? best ke duduk serumah dengan mertua?

Ainul ada la sedikit pengalaman. Ainul kawen pada Julai 2009.So dari mula kawen sampai la April 2010 duduk serumah sebelum berpindah ke rumah sendiri. tambah tolak bahagi…so lebih kurang 10bulan duduk dengan mertua.

kenapa duduk dengan mertua?

sebab my husband memang orang shah alam dan family dia pun duduk kat shah alam.Office dengan shah alam takde la jauh sangat.Jadi buat apa membazir sewa rumah lain kan.Duit boleh simpan beli rumah “)

Apa yang tak best duduk rumah mertua?

  1. Tak boleh nak pakai seluar pendek,baju sexy la kan.kang pengsan orang tua tu.huhuhuu
  2. Aksi -aksi romantis tidak boleh terlalu over.hehehhee..opsss terlebih sudah “) ..
  3. Tak boleh malas-malas
  4. Bangun lambat.malu la sikit kan..
  5. Nak gaduh baling pinggang mangkuk pun susah sebab pinggang mangkuk mertua yang punya.hahahahahaaa

Apa yang BEST duduk dengan mertua??

  1. Jimat duit takyah bayar sewa rumah, bila air, api sume “)
  2. Takyah nk pk beras, minyak, barang-barang dapur ada ke tak..hihihii
  3. Balik je keje makanan dah tersedia.sediakan perut je ( dasar menantu pemalas !! )
  4. Mak mertua yang best sebab basuhkan baju , lipatkan baju.mula-mula segan beb tapi MIL nak buat juga.hehhee sukerrr lerr hati “)
  5. Ada member selain husband nak borak, gosip..huhuhu .
  6. Banyak la boleh belajar sebelum pindah rumah sendiri. Macam nak masak asam pedas ke, gulai ke..makanan feveret husband.harus la tuntut ilmu siap2 kan..
  7. keselamatan terjamin.bila husband takde kat rumah p outstation ke at least kita ada teman.takde la sunyi.Ini kes bila takde anak lagi..
  8. Hubungan kita dan mertua akan lebih rapat “)

Sapa cakap tak best duduk dengan mertua.best apa. Sebenarnya kita apa yang kita fikirkan.Kalau dari awal kita asyik fikir tak best duduk dengan mertua so tak best la jadinya. Ainul memang dah set kat mind, yang best duduk dengan mertua ni.

Pernah tak gaduh dengan mertua?

gaduh besar takdela.biasa la mak kita sendiri pun mesti ada salah faham kan.ada jugak tapi takde la teruk.benda kecik-kecik je.macam ainul nak A, mertua nak B.so kita kena la beralah.

ingat masa mula-mula pregnant,time tu alahan teruk giler.makan semua tak boleh.makan muntah, makan je muntah.MC, EL jangan cakap la.berderet tahun lepas.asyik cuti je.Hari-hari mertua mesti tanya nak makan apa.mesti diaorang buatkan.huhu terharu.yelah mak ayah sendiri jauh nun diutara.jarang-jarang dapat jumpa.kat sapa lagi nk menumpang kasih kan..

Yang penting, kita anggap la mertua kita macam mak ayah kita. Diaorang marah sebab sayang kita.nanti-nanti anak kita akan membesar dan berkahwin.Kita pulak la yang jadi mak mertua..

Ibu mertuaku sayang.. Dr Zurinah Hassan. 

15 Replies to “Pengalaman duduk serumah dengan mertua”

  1. ade yg best ade yg xbestnye,
    prangai org plak xsama masing2 hehehe
    klu na duk umah mertua lg byk kuar belanja, sbb segan la klu dia segala sediakan, mesti blk kerja g borong brg2 basah dlu, smpai umah trus msuk dapur, huhu klu bley nk tunjuk kt dia yg menantu dia sorg ni boley harap la sgt, ekekekek nk amek ati je tu padahal :p

  2. kita org pun bagi gak duit belanja beli brg dapur.even dok umah lain2 pun still bg duit.dl ms dok sekali ainul bgn masak sahur, weekend masak ,tolong apa yg patut.segan jgk.kita kena pandai2 la ambik hati.cuba pk kalau esok kita dpt menantu yg rajin membantu harus la sayang kan ")

  3. I tak penah duduk ngan mertua.. tp mase 1st week confinement b4 balik kampung, MIL yg jaga i.. I seronok je semua best.. klau MIL dtg je i paling happy kot.. sbb bley mkn best2.. haha.. nnti i beranak lg sorang my MIL jgk dtg.. suke2.. hehe..

  4. aziyana: duduk umah sendiri harus la lagi best.tp bukan semua mampu utk duduk sendiri atau kdg2 terpaksa duduk kejap sementara rumah nk siap.tp kalau byk duit blh sewa lain.mcm ainul skrg pun dok umah sendiri tp hari2 still p umah MIL sbb MIL yg jaga arreessa.

  5. bertuah menanti & mertua yg saling memahami dan tak over. kena give and take la kan.

    harus belaja.. tak pernah dok dengan mertua. tp maybe one day. bila dia dah tak larat nk uruskan diri. kita la kena jagakan.

  6. pengalaman duduk rumah mentua… mak mentua sakit, terlantar, tak boleh bangun. kesian, duduk pun masa tu tengah ngandung, masa dah bersalin, menangis mak mentua tu tak boleh nak jaga menantu dalam pantang.. kesian, tapi ada jugak pengalaman sakit hati tapi bukan dengan mak mentua tapi dengan kakak ipar. dia pun dah berkahwin and duduk serumah dengan mak. nasib mak mentua baik, n fhm.. lagipun masak memasak ni, diaorang tak makan sangat, kadang2 masak,kadang2 tak. mak mentua tak boleh makan sebarang. i tak kerja, tak bagi duit tapi my hubby adalah bagi duit, tak pun dia jerk beli barang untuk rumah mak mentua. ada ipar, berkira, kedekut. mak pun kekadang makan hati jerk dengan anak dia sendiri. hem, pengalaman manis banyak dengan mentua, dia tak berkira,tak kedekut n faham keadaan kita.

  7. Macamana pulak kalau MIL yg x sporting..n nak cari silap kita je?pilih kasih..lebihkan anak dari Menantu?tu pulak macamana ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge