Pengalaman yang indah- part2

Lambat betul nak update cite pengalam diri ni.maaf la ye.bz dgn arreessa.Alhamdulillah sekarang sudah berjaya full breastfeeding anak dara ainul sorang ni.Walaupun terpaksa menempuh pelbagai rintangan.Hampir give up uollsss..Opsss terlebey sudah..nanti ainul cite pasal kisah breastfeed plk ye.kita sambung balik cite pengalaman melahirkan Arreessa Zulaikha 🙂

Jumaat 1 Oct 2010
Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba..ye inilah saatnyer. 37 minggu membawa si kecik ke hulu hilir bersama.
Malam tu memang tak boleh tido.Ainul terjaga jam 4.30pagi.dalam hati fikir macam-macam.Bangun, ambik wuduk & buat solat taubat, tahajud & solat hajat.Memohon dipermudahkan segala urusan. sambung tido balik walaupun hanya tido-tido ayam.
Alarm berbunyi jam 6.30 pagi.Bangun, mandi, ambik wuduk, solat subuh. Gosok baju hubby & ainul.kena la pakai cantik-cantik.my hubby siap pakai baju melayu.yelah nak sambut orang baru..
8.30pagi bergerak ke DEMC dengan husband & my family.
Sampai di DEMC, terus ke admission kaunter utk dapatkan no bilik.Dapat single room bilik 307.
my sister call ….
my family kt tempat menunggu di admission kaunter
Lebih kurang jam 9 pagi, nurse bawa ainul &hubby ke labor room. Kat sana kena ambik bacaan CTG sekali lagi.Heartbeat baby ok. Nurse datang ambik bp plk.Alhamdulillah normal.Datang seorang nurse suruh ainul buka seluar.dia tolonng cukurkan bulu kt “tut”.. segan giler time tu.tp tahan je la.lepas tu dia suruh tukar baju dan pakai baju utk ke OT.Selepas dah siap tukar baju, datang sorang lagi nurse lain.kali ni nak masukkan tiub air kencing.dia masukkan tiub tu melalui ” bawah tu” sampai ke pundi kencing kita.serius sakit giler!!!!!!!!!!!!! hampir menjerit & genggam kuat tgn hubby.huhuhuhu rasa nk nanges time tu tp tahan je.
kemuadian ainul ditolak ke OT. sebelum tu sempat la mohon maaf dgn hubby.time kena tolak tu berdebar giler jantung.hubby blh hantar sekerat jalan je.sampai pintu OT tu ainul sorang-sorang.ada nurse je.ramai lak tu.”huhuhuu sayang”
Sebelum masuk ke OT yang sebenar, pakar anesthetic Doc Ravi dtg, masukkan drip &beritahu yg ainul akan diinjek dgn bius kat tulang belakang. 
sakit oooo kena injek.huhuhuhuu..menahan sakit sambil gengam tgn nurse.sian dia.hihiihii

10.46 pagi lahirlah puteri yang dinanti-nantikan.menitis air mata bila dgr tangisan pertama arreessa. Ya ALLAH syukur diatas nikmatMU. I’m a mama now 🙂

Nama:Arreessa Zulaikha Binti Muhammad Faiz

Weight : 2.04kg.. kecik je kan

length: 48cm

Head : 33cm

arreessa & babah

Buah hati mama & babah 🙂

9 thoughts on “Pengalaman yang indah- part2

  1. nurul: mula2 takut gak nk pegang.lama2 ok la tp kekok lg smpi skrg.selalu kena marah dgn mak sbb suke hati je pegang anak.

    incik faiz: mama & arreessa sayang babah jugak 🙂

  2. congrats ainul. alhamdulillah semuanya selamat. sayu rasanya hatinya bila dpt tgk baby dh selamat. tak sabar rasanya nak tunggu baby in my tummy ni. hope smuanya selamat.insyallah.

  3. diah: kalo nk cite sume takut tak larat nk bc lak.pengalaman menahan sakit slps ubat bius abis, nak bgn p toilet & 1st time nk berjalan slps sehari terbaring je.byk tu nk cite.nnti bila jumpa ainul cite ye 🙂
    ** baby diah pun mesti comel mcm mama dia jgk**

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge