Pizza Melayu Homemade by Mama Arreessa

Bosan dah breakfast makan nasi lemak, mee goreng, bihun goreng kan.. Lalu terbaca 1 blog ( maaf tak lupa kat mana) pasal buat pizza guna roti gardenia je.senang + sedap..Ternyata memang senang & menjilat jari.Adik ainul bawa p kelas and bagi kawan-kawan dia rasa.Siap diaorang minta resepi ..kembang kempis jap..
meh ainul share resepi yang super senang nie 🙂

Bahan-bahan:-

1bungkus roti gardenia
Daging kisar- ainul beli cap ramly je.sonang 🙂
5-6 biji cili padi- ikut tahap kepedasan masing2 ye
2 biji cili merah
2-3 ulas bawang merah * kisar
2-3 ulas bawang putih *kisar
1 tin Tomato pes
2-3 sudu cili giling/ cili boh
1peket cendawan
cheese parut

Cara-cara

1. Masukkan sedikit minyak.
2. Tumis bahan-bahan kisar
3. Bila dah naik bau, masukkan pes tomato & cili boh.
4.masak sampai garing
5.Masukkan daging kisar.goreng hingga garing & kering sikit.
6.Masukkan cendawan, cili padi, cili merah, gula, garam
6.Asingkan daging.
7. Ambil 1 keping roti , letakkan daging tadi atas roti.
8.Taburkan cheese parut di atas daging tersebut 🙂
9. Bakar 10minit untuk bagi cheese tu cair.
10.SIAP 🙂

Selamat mencuba :)))

5 Replies to “Pizza Melayu Homemade by Mama Arreessa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge